Ummi ceritalah pada kami!. vol. 3, ep. 5 & 6 / Hud Hud Media ; penerbit eksekutif, Johan Nawawi ; penerbit, Nora Ariffin.
Video Recording
Share
Loading Player .......
Information About
In Malay with English subtitles.
Title
Ummi ceritalah pada kami!. vol. 3, ep. 5 & 6 / Hud Hud Media ; penerbit eksekutif, Johan Nawawi ; penerbit, Nora Ariffin.
Artist
Nora Ariffin, producer.
Subjects
Language
Malay
Type
Video Recording
Abstract
Iman mengangkat martabat (Ep. 5). Atan sedang berjalan pulang dari sekolah apabila beberapa orang budak yang lebih dewasa mulai mengejeknya, "Pak Tam". Dengan penuh marah, Atan melawan mereka dan pulang ke rumah Ummi dengan mata yang lebam tanda terkena tumbukan. Ummi merawatnya dan menanyakan apa yang terjadi. Dengan penuh emosi Atan berkata bahawa dia tidak tahan mendengar ejekan orang tentang kulitnya yang gelap. Ummi bertanya lagi mengapa ia tidak menyukai kulitnya yang hitam manis, sedangkan rupa fizikal hanyalah perhiasan, tetapi iman dan budi pekerti adalah pengukur seseorang yang sebenarnya. Ummi pun bercerita tentang Bilal bin Rabah, seorang hamba berkulit hitam yang dibebaskan Rasulullah SAW dan kemudian menjadi sahabat dan muazzin Islam yang pertama. Setelah mendengar cerita tersebut, mereka semua sembahyang bersama-sama. Atan melaungkan azan sebagai makmum dan Alif menjadi imam. -- Pemimpin terpuji (Ep. 6). Suatu hari, Alif tiba di rumah Ummi dengan penuh gembira kerana dia telah dilantik menjadi ketua kelas. Ummi mengucapkan tahniah dan mengharapkan Alif dapat melaksanakannya. Tanggungjawab seorang ketua amat berat. Ummi menceritakan tentang seorang pemimpin Islam yang agung, iaitu Umar Al-Khattab. Beliau merupakan khalifah kedua selepas wafatnya Rasulullah SAW. Umar Al-Khattab seorang pemimpin yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Pernah terjadi Umar ke Jerusalem bersama hambanya. Mereka hanya mempunyai seekor unta, dan Umar bergilir-gilir dengan hambanya menaiki unta tersebut.