Drama ini meriwayatkan cerita Hang Jebat, pahlawan Melayu yang tidak kurang gagahnya dan keperwiraannya apabila dibandingkan dengan Hang Tuah. Hang Jebat rela berkorban nyawa kerana tanah air dan raja yang adil, serta rela pula mati kerana membela sahabat yang sejati.