Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang bertemu kembali dengan rakannya Arif, setelah bertahun-tahun tidak berjumpa. Arif sudah pun berkahwin, dan ketika dijemput datang ke rumahnya, ibunya menceritakan bagaimana Arif dapat bernikah dengan Ani, gadis yang menjadi isterinya. Dahulu Ani seorang pelayan, dan dia hampir dipaksa untuk berkahwin dengan orang lain kerana abangnya pernah mencuba untuk menjualnya kepada orang lain.