Buku Jauhi Sifat Negatif Dalam Diri Sendiri dihasilkan selari dengan usaha kerajaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan dan pelan integriti nasional. Penekanan kepada sifat-sifat negatif bertujuan menyedarkan pelajar masa kini tentang pentingnya pengawalan, pemantauan dan penyusunan perasaan masing-masing terutama ketika berhadapan dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan lain. Pengupasan yang dibuat oleh penulis bertujuan setiap pembaca buku ini dapat berfikir seketika tentang sifat yang ada dalam diri mereka.