Muluk buldan Ternate sanat 1216, 'The kings of the lands of Ternate, the year 1216 (1801/2)'.Malay text of the letter:Bahwa Paduka Seri yang Maha Tuan Sultan al-buldan taj al-‘ala al-mukarram Amir Iskandar Jauhar Azimuddin Syah Kaicil Putera Muhammad Yasin ialah raja yang memegang tadbir perintah di atas tahta kerajaan bandar negeri Ternate sehingga daerah takluknya dan wazir menteri babato2 berkirim warkat al-ikhlas ini yang menzahirkan khoraj min fuad al-najat dan abyad ini yang menyatakan hening jernih serta hormat mulia kepada oleh tuan yang maha ketinggian Komasaris yang memegang kuasa dan perintahan Kompani Inggeris dalam negeri Ambon hingga dari sekalian dalam India Maluku sebab cahaya akal dan arif bijaksana pada barang suatu bicara, serta adil dan sebenarnya yang menolong segala dagang2 dan memeliharakan fakir dan miskin. Maka masyhurlah warta ihsan dari atas angin sampailah ke bawah angin upamanya seperti cahaya bulan dan matahari yang meterangkan segala alam ini. Syahdan mohonkan kapada Allah subhanahu wa-ta'ala menganugerah atas selamat [mata] al-khayr dan bertambah2 daulat bahagianya serta sihat dan istirahat di dalam mertabat yang ketinggian selagi hayati takwil usia umur zamannya akan berkasih-kasihan selama-lamanya. Wa-ba'dahu kemudian daripada itu bahwa Paduka Seri Mulia Maha Tuan Sultan dan sekalian wazir menteri babato2 memberi mafhumkan dalam sahifat al-akmalia ini kepada Tuan yang terhormat Komasaris dalam negeri Ambon pada masa tuan Kaptain Walker yang memegang perintah dalam negeri Ternate sehingga datang pula tuan Komasyaris Ambon ke negeri kami ini, iaitu hidup bersetiawan dan ber[da]damaian dengan Paduka Seri Sultan dan wazir babato berkasih-kasihan, serta berbuat gentat yang ketiganya negeri Ternate dan Tidore dan Bacan, ialah Paduka Seri Sultan harap akan hidup seperti bapa dan anak dan seperti kulit dan daging, sehingga Tuan maha Komasaris dan Tuan Kaptain Walker pulang kembali ke negeri Ambon. Maka ditinggal oleh saudaranya Tuan yang maha Komasaris Ternate iaitu pun kami hidup berdamai-damaian sampai pada ini waktu belum suatu tulus dan huru-hara hanyalah kuku Jailolo dengan manisnya membujuk negeri Sawu, maka berdiri sama2 menunjuk berani dan lagi2 kehendak marusaknya tuan Kompani Inggeris dan Ternate. Maka Paduka Seri Sultan dan Tuan yang terhormat Komasaris bersetiawan kepada pula wazir babato2 berdiri dengan tulus ikhlas hati menggera[h]kan berapa kura2. Setelah hadir selengkapnya dengan alat senjata beserta dengan bala2 rahasia dan sebuah brig dan kaptin laut dan sekertaris2 Ternate akan menuju? [m-n-j] palawan dalamnya itu kora2 hendak marusakan negeri Sawu. Maka pada masa itu Paduka Seri Mulia Maha Tuan Sultan sangat dukacita dalam zulumat al-qulub fi al-layl wa-al-nahar melainkan di dahulu Allah dan rasulnya. Kemudian sahabat-bersahabat Tuan maha Komasari dari nama Tuan Kompani Inggeris jua [w] akan putusan kami lagi belum pulang ke Ternate sehingga sekiranya ini, selagi antara paduka seri Sultan dari / hal jua? itu antara berharaplah menaru sayang dan kasih daripadanya mudah-mudahan jikalau suatu inayat dan rahim dalamnya ini tahan antara harap karunianya ayahanda tuan Komasaris, iaitu dimasalakan upamakan suatu azimat yang milik dari pada antara paduka seri mulia Sultan, kerana pada masa sekarang ini kami harap kepada tuan Kompani Inggeris jua adanya. Tiada suatu tanda ikhlas antara paduka seri Sultan kepada tuan Komasaris enam ekor burung lori akan tanda hayat adanya.Tertulis di dalam istana Ternate enam likur hari bulan Zulhijjah harinya sanat hijrah al-nabi seribu seratus sepuluh enam pada tahun jahar. Ma‘ruf Karhi., Add MS 18141)