Fajar Asia adalah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Sinsei Malai Kensetsu Sha atau Pejabat Pembangunan Melayu Baru. Ia merupakan majalah terbitan pemerintah Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang ditujukan kepada bangsa Melayu di Singapura, Malaya dan Indonesia. Majalah ini mengandungi artikel-artikel yang memaparkan kegiatan-kegiatan bangsa Melayu di Nusantara serta artikel-artikel yang berunsur politik, sejarah, agama dan budaya Melayu.