Gelaran 'pelacur putih' adalah satu gelaran yang telah diberikan si pengarang kepada para wanita yang disimpan untuk dijadikan alat pemuas nafsu oleh orang yang kehidupannya sangat mewah. Begitulah halnya dengan Raja Farouq - beliau mempunyai ramai wanita simpanan, hinggakan di istananya terdapat satu bilik khas untuk pelacuran. Nasib para wanita tersebut sangat malang, kerana mereka kemudiannya akan dibunuh. Suami-suami mereka pula hilang harapan kerana wanita mereka menjadi korban raja zalim itu.