Sultanah Siti Fatimah informed that Sultan Ali Dato' Pamanah had passed on in February. She requested to buy weapons. Regarding Farquhar's request for weighing scale, she advised it would be better to obtain from Sailan., Baginda Sultanah memberitahu bahawa Sultan Ali Dato' Pamanah telah mangkat pada bulan Februari. Baginda memohon untuk memberli senjata. Berkenaan dengan permintaan Farquhar untuk mendapatkan alat timbangan, Sultanah memaklumkan adalah lebih baik memperolehinya dari Sailan. , " Warqah ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang tiada cemar menaruh didalamnya dengan hening putih jernih daripada yang amat persih daripada qalbu yang salim iaitu daripada Sultan Pamanah Siti Fatimah binti Jamaludin Abdul Rahman ibni Abdullah Almarhum. Wahai Khalifah Maulana Sultan Aliyudin yang memerintahkan pada masa ini atas negeri Pamanah barang disampaikan Tuhan seru sekian alam dengan sentosanya kepada pihak sahabat kita Tuan Kolonel William Farquhar yang darul makmur maka sangatlah masyhur warta beritanya barang dijauhkan Tuhan alam daripada fitnah dunia serta jin dan syaitan serta dengan kepujian atas melakukan kasih berkasihan kepada segala sahabat kerabat handai taulannya bainal qarib wal ba’id ameen. Wa ba’dul daripada itu barang istafham kiranya sahabat kita maka adalah kita melayangkan sekeping kertas yang buruk ini tiada seperti adatnya akan menyatakan tulus dan ikhlas jua adanya serta kita akan hal sifatul ikhlas dripada sahabat kita. Shahdan daripada kita menyatakan Sultan Ali Dato’ Pamanah pulang ke Hadratullah Taala kepada malam Sabtu jam pukul 10 kepada 17 haribulan Jamadilawal kepada tahun Jim kepada bulan Februari. Shahdan daripada itu kita menyatakan kepada sahabat kita tolong ikhtiarkan barang berapa yang terikhtiarkan oleh sahabat kita dari hal kita meminta tolong belikan senapang barang berapa yang teradakan oleh sahabat kita dengan ubat bedil dengan peluru adalah kita menerima kasih banyak-banyak dan lagi harap kita seboleh-boleh dahulu kemudian sahabat kita dari harganya tiada kita menyalahi lagi itulah adanya dan lagi sahabat kita meminta kirim gantang dengan dacing dengan cupak dengan bungkal emas kita fikirkan daripada dacing dengan gantang dengan bungkal emas lebih baik di sini daripada Bugis maka ada dacing di Bugis sebab dari tanah Barak dan lagi gantang dipakai di Bugis lima kati. Jumlah itulah kita fikirkan lebih baik di Sailan daripada di sini dan lagi kita meminta tolong kirim jam dengan pusarnya barang satu barang berapa harganya kita bayar itulah adanya. Maka suatu pun tiada apa-apa tanda hidup hanyalah budak perempuan dua orang serta kain sehelai itulah adanya. Tersurat kepada hari Khamis jam pukul 10 pada 13 haribulan Zulkaedah kepada tarikh sanat 1237H."