Surat daripada Tengku Besar dari Kampar Pulau Daun kepada Colonel William Farquhar, Residen Singapura (1819-1823), bertarikh 1235 H. [1819 M.]



Manuscript 216.73.216.10 (0)

1819

Surat daripada Tengku Besar dari Kampar Pulau Daun kepada Colonel William Farquhar, Residen Singapura (1819-1823), bertarikh 1235 H. [1819 M.]

Information About

Tengku Besar informed that this was the first time he had contacted Farquhar. He had been requested by Yang DiPertuan Tua Siak to write to Farquhar because Farquhar had established friendship with Yang DiPertuan Tua Bukit Batu. Furthermore, Raja Temenggung and Yang DiPertuan Singapura were his relatives. Tengku Besar informed that there were many pirate activities at seas between Riau, Singapura and Kampar. He had sent a letter to Yang DiPertuan Selat and Temenggung but received no response. Tengku Besar wrote to Farquhar to take action against the pirates because they prevented the people of Siak and Kampar from trading in Singapura., Tengku Besar memberitahu bahawa inilah kali pertama baginda berhubung dengan Farquhar. Tengku Besar memberitahu baginda diminta oleh Yang DiPertuan Tua Siak untuk menulis kepada Farquhar kerana beliau telah menjalin persahabatan dengan Yang DiPertuan Tua Bukit Batu. Tambahan pula, Raja Temenggung dan Yang DiPertuan Singapura adalah kaum kerabat baginda. Baginda memberitahu bahawa ramai lanun menjalankan kegiatan di lautan antara Riau, Singapura dan Kampar. Beliau telah pun menghantar surat kepada Yang DiPertuan Selat (iaitu Singapura) dan Temenggung tetapi tidak menerima jawapan. Dengan itu baginda menulis kepada Farquhar untuk mengambil tindakan terhadap lanun-lanun tersebut kerana mereka menghalang orang-orang Siak dan Kampar daripada berdagang di Singapura. , "Warqatul ikhlas wa tuhfatul ajnas yang dipesertakan dalamnya tulus dan suci putih hati yang tiada menaruh sangka dan waham dalamnya iaitu daripada Tengku Besar yang ada beristirehat semayam dalam negeri Kampar Pulau Daun barang disampaikan seluruh semesta alam sekelian. Apalah kiranya kepada sahabat kita Tuan Sarjen Major William Farquhar yang mempunyai kebesaran dan perintah atas loji kompeni di negeri Singapura Darussalam. Shahdan ialah yang amat arif bijaksana pada melakukan jalan muhibbah berkasih kasihan atas segala sahabat handai taulannya qaribun wa ba’idun serta penyayang atas segala fakir dan miskin dan gagah perkasa kepada musuh seteru lawannya. Maka termasyhurlah warta ihsannya dari masyriq ke maghrib ameen. Wa ba’duh daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita adalah kita melayangkan sekeping kertas ini kepada sahabat selama ini kita belum pernah memberi surat kepada sahabat kita kerana kita belum dikenal sahabat kita maka saudara kita Yang di-Pertuan Tua Siak menurut kita memberi surat kepada sahabat kita kerana Tuan Raja serah surat setia perbuatan Tuan Raja dengan saudara kita Yang di-Pertuan Tua Bukit Batu Sophia boleh sahabat kita mengenal kita kerana Siak sesama Singapura sesama kepada hati kerana Yang di-Pertuan Singapura dan Raja Temenggung itu bukan orang yang lain saudara kepada kita lagi sudah kita berperbuatan sesama buruk sesama baik tiada boleh datang mendatangkan kejahatan pelihara memelihara lagi. Maka marhum yang mangkat di Daik sampai sekarang ini belum berubah maka pada tahun ini banyak orang kita yang dapat oleh orang bajak dirompaknya antara jalan Riau Singapura dengan Kampar yang empat buah perahu itu. Tentu orang rakyat Moro mengambilnya sudah kita memberi surat kepada Yang di-Pertuan Selat dan saudara kita Raja Temenggung seperti penyuruh kita belum berbalik. Itulah maka kita memberi surat kepada sahabat kita boleh sahabat kita menegahkan segala orang jahat jikalau tiada perintah daripada sahabat kita tiadalah berani orang Siak dan orang Kampar datang ke negeri Singapura atau sahabat kita memberi kepada kita kuasa boleh kita menuntut kepada tempat segala rakyat yang jahat-jahat dengan tolong sahabat kita maka boleh kita kerajakan. Writings at lower sidebar …jikalau tidak kerana kita orang Siak apa orang bilang jahat jikalau bagai mana sekelian pun kita kata betul orang kata jahat sahabat kita lebih tahu dan seperti orang kita mana yang mati sudah qadam apabila boleh pulang perahu pulang dengan modalnya itulah kita mintak tolong perintah pada sahabat kita kerana rakyat Moro orang saudara kita Raja Temenggung yang punya. Dia sahabat kita beolehl kuasa memerintahkan yang kebenaran itu adanya, lain suatu pun tiada cenderamata daripada kita. Hanyalah tabi’ kita untuk kepada sahabat kita sanat 1235."

Additional Details

Title
Surat daripada Tengku Besar dari Kampar Pulau Daun kepada Colonel William Farquhar, Residen Singapura (1819-1823), bertarikh 1235 H. [1819 M.]
Opening Words
  • ورقة الاخلاص وتحفة الاجناس يڠدفسرتاکن دالمڽ تولس دن سوچي فوته هاتي يڠ تياد مناره سڠک دان وهم دالمڽ يائت درفد تڠکو بسر يڠ ادا بريستراحة سمايم دالم نکري کمڤر فولو داون...
Closing Words
  • دي صحابت کيت بوليه کواس ممرنتهکن يڠ کبنران ايتو ادڽ لاين سوات ڤون تياد چندرامتا درفد کيت هڽله تابع کيت يانتوق کفد صحابت کيت سنة ١٢٣٥
Subject
  • Farquhar, William, 1774-1839--Correspondence
  • Malay letters
Publisher
  • National Library Board Singapore, 1819
Contributors
  • Library of Congress
  • Tengku Besar from Kampar
Digital Description
application/pdf, 1277 KB, p. 2
Copyright
  • All rights reserved. Library of Congress, Asian Division