Raja Bushman menyuruh anaknya, Raja Lukman belajar mengaji al-Quran kerana mengikut nujum perangainya tidak semurah hati seperti ayahnya. Dikahwinkan Raja Lukman dengan puteri raja Mash'ud. Apabila Raja Bushman jatuh sakit anaknya pulang menziarahinya. Raja Bushman meninggalkan pesan kepada anaknya supaya berbuat baik, beramal ibadat dan bersedekah untuk mengelakkan diri dari masuk neraka. Akhirnya, Raja Bushman pun meninggal dunia. [B] Hikayat Siti Marwah: Siti Marwah difitnah oleh adik iparnya sendiri tatkala suaminya Amir Mahmud sedang belayar. Siti Marwah direjam dan dihalau. Seorang raja yang baik dan belas kasihan membina sebuah rumah dan mengobati Siti Marwah hingga sembuh. Apabila suaminya pulang dia mendapat adiknya Khoja Ali buta. Menurut Siti Marwah sakitnya hanya boleh sembuh jika dia berkata benar. Akhirnya Amir Mahmud bertemu semula dengan isterinya. , (Mal.-pol. 69)