Awang mendapat gelaran Awang Ada Duit Semua Jadi kerana itulah kata-kata yang selalu disebutnya apabila ingin berkahwin dengan puteri raja. Disebabkan kata-katanya itu dia dapat berkawin dengan puteri raja namun hidupnya terseksa kerana raja telah meletakkan syarat. Akhirnya dengan kebijaksanaanya Awang dapat memenuhi syarat dan ditabalkan menjadi raja Indera sakti.