Risalah ini mengandungi sepuluh buah cerpen yang telah ditulis oleh mereka yang bertutur bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Cerpen-cerpen ini telah dihasilkan dalam bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahannya dalam bahasa Tamil. Mereka adalah di antara karangan-karangan yang terbaik dalam “Peraduan Mengarang Cerita-cerita dalam bahasa Kebangsaan” anjuran "Majlis Perwakilan Orang-orang Tamil di Singapura".