Kisah 'Buroh Keretapi Maut' adalah cerita benar yang telah berlaku sewaktu zaman pemerintahan Jepun - bagaimana soldadu-soldadu Jepun memaksa pesuruh-pesuruh pergi membuat jalan keretapi yang disebut sebagai 'Jalan Keretapi Maut'. Oleh kerana terlalu banyak buruh paksa yang telah terkorban di situ, maka jalan itu pun telah diberikan nama sedemikian.