Buku sepanjang 84 mukasurat ini menceritakan jalan hidup Nabi Muhammad. Buku yang tulisannya disesuaikan daripada karangan Kiayi Arshad Talib Lubis ini dimulakan dengan latarbelakang keluarga Rasulullah, dan memuatkan peristiwa-peristiwa penting seperti pertempuran Badar dan penghijrahan Nabi ke Habsyah yang harus diketahui oleh orang Islam secara amnya. Oleh kerana buku ini sangat ringkas dan gaya bahasanya mudah, ia sesuai untuk para pembaca dari setiap peringkat usia.