Ini adalah sebuah cerita dongeng yang berasal dari negeri Kelantan. Ia mengisahkan tentang Puteri Sa'dong, anak angkat kepada raja perempuan Kelantan, iaitu, Che' Siti Wan Kembang. Peperangan tercetus apabila utusan Raja Siam yang datang untuk membawa Puteri Sa'dong ke Siam telah ditolak oleh Che' Siti Wan Kembang.