Teks dalam bahasa Inggeris (m.s. 7-15), Hikayat ini mengisahkan tentang Malim Deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintah di Bandar Muar. Malim Deman telah bermimpi bertemu dengan seorang tua yang menyuruhnya pergi ke hulu sungai Muar kerana di sana ia akan bertemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi, Malim Deman meminta izin daripada kedua ibu-bapanya untuk keluar mengembara.