Kesah Minangkabau : asal mula negeri bernama Alam Minangkabau



Digitised Book 216.73.216.10 (0)

1961

Kesah Minangkabau : asal mula negeri bernama Alam Minangkabau

Information About

Cerita ini mengisahkan tentang asal usul nama negeri Minangkabau. Di zaman Majapahit, Minangkabau dikenali dengan nama ‘Alam. Apabila raja Majapahit mendapat tahu tentang negeri ‘Alam, dihantarnya bala tentera untuk menaklukki ‘Alam. Kedatangan utusan Majapahit itu disambut rakyat ‘Alam. Oleh kerana mereka ingin mengelakkan dari berperang, orang-orang cerdik pandai ‘Alam mencadangkan pihak Majapahit dan ‘Alam beradu kerbau. Jika kerbau Majapahit menang, maka ‘Alam akan ditaklukki Majapahit tetapi jika kerbau ‘Alam menang, tentera Majapahit mesti berundur dari ‘Alam. Pihak Majapahit menghantar seekor kerbau yang amat besar. Oleh kerana mereka tidak dapat mencari kerbau yang setanding, pihak ‘Alam menghantar seekor anak kerbau yang masih menyusu. Oleh kerana anak kerbau itu tidak menpunyai tanduk, maka dipasangkan tanduk yang diperbuat dari besi. Sebelum perlawanan, anak kerbau itu tidak diberi susu. Apabila perlawanan bermula, anak kerbau itu terus menyusup di bawah perut kerbau besar. Tanduk besinya menyucuk perut kerbau besar itu dan terburailah isi perutnya. Kalahlah pihak Majapahit dan undurlah mereka dari ‘Alam. Sejak dari itu, ‘Alam dikenali dengan nama Minangkabau atau menang kerbau.

Additional Details

Title
Kesah Minangkabau : asal mula negeri bernama Alam Minangkabau
Creators
  • Ahmad Lutfi, 1911-
Subject
  • Malay fiction
  • Legends—Malaya
Publisher
  • Qalam, 1961
  • National Library Board Singapore, 1961
Contributors
Digital Description
application/pdf, ill.
Provenance
Table of Contents
Edition
Copyright
  • All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2009.