Buku ini mengisahkan tentang Nabitun yang tinggal di kampong yang bernama Bamachari. Dia bekerja sebagai penumbuk padi. Suaminya Kadam, seorang pelaut sudah tiga tahun tidak pulang. Hidup Nabitun menjadi susah apa tah lagi apabila kilang beras dibuka dekat kampong mereka. Mereka yang mengupah Nabitun menumbuk padi sekarang menghantar padi mereka ke kilang. Keadaan mendesak Nabitun melakukan apa yang perlu untuk menyara hidup. Kadam akhirnya pulang ke kampung tetapi keadaan semuanya telah berubah.