Sebuah novel yang berbentuk komik yang mengisahkan tentang Latip, seorang pemuda kampung yang telah dikecewakan oleh seorang wanita bernama Halijah. Masa berlalu dan Latip, sebagai Cina buta, telah berkahwin dengan seorang janda bernama Aminah. Setelah terpaksa bercerai, Latip dan Aminah berpisah tetapi bertemu semula beberapa tahun kemudian secara tidak sengaja.