Risalah ini diterbitkan sempena pameran lukisan anjuran Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Kebudayaan Melayu Singapura yang berlangsung antara 22 hingga 28 April, 1961 di Victoria Memorial Hall. Selain mengandungi acara-acara semasa pameran dan gambar-gambar lukisan yang dipamerkan, risalah ini juga mengandungi biografi ringkas beberapa pelukis Melayu Singapura seperti M. Sawoot, Aman Ahmad, S. Mahdar, Yusof Aman dan Yunus Aman (Yusman) serta katelog lukisan-lukisan yang dijual.