Ini adalah cerita mengenai makna percintaan dan pandangan tujuh orang sahabat mengenainya. Buku ini menceritakan tentang kehidupan Zeda Puspita, yang berkahwin pada usia muda dan kesulitan yang harus dia tanggung dalam perkahwinannya. Ia juga menceritakan tentang pendapat Siti Dorah, Nor Mila, Raizani, Misnah, Zaimah dan Raihana yang naif mengenai cinta dan kenyataan yang harus mereka hadapi setelah mengetahui apa yang terjadi kepada Zeda Puspita.