Kisah Ali Baba adalah antara cerita yang sangat masyhur lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu kita. Ia mengisahkan tentang Ali Baba, seorang lelaki yang miskin. Pada suatu hari ketika mencari kayu dalam hutan, dia ternampak akan gua simpanan harta para penyamun. Ali Baba pun senyap-senyap mengambil intan dan berlian dari tempat itu. Apabila ini diketahui oleh abang Ali, Kasim, dia pun membuat perkara yang sama, namun dia ditangkap penyamun dan dibunuh.