Mengisahkan tentang seorang pahlawan Kelantan yang bernama To' Janggot, atau nama sebenarnya, Mat Hassan Bin Munas. Dia sangat handal dan berani melawan sesiapa yang berlaku zalim atau kejam untuk membela mereka yang teraniaya. Maka terjagalah keamanan dan ketenteraman kampung To' Janggot sehingga tahun 1914, apabila pihak Inggeris mencampuri pemerintahan negeri Kelantan. Maka bermulalah sengketa dan pertempuran. To' Janggot dan teman-temannya terkorban melawan askar penjajah pada 26 Jun 1915.