Ini adalah sebuah cerita mengenai Tun Mandak, seorang puteri dari keluarga Sultan Perak. Tun Mandak dan Dato’ Setia Lela telah berlepas ke Kelian Intan untuk merebut daerah itu yang telah diambil oleh Raja Reman. Tun Mandak, yang telah lama jatuh hati dengan Dato’ Setia Lela, telah meminta fasakh daripada suaminya untuk mengahwini Dato’ Setia Lela. Raja Reman yang mengetahui kelemahan Tun Mandak yang gilakan pangkat telah merancang untuk mempermainkan Tun Mandak supaya jatuh hati dengannya. Tun Mandak sanggup memerintah Panglima Megat Pandak membunuh Dato’ Setia Lela, suaminya, supaya beliau dapat mengahwini Raja Reman. Pada hari perjanjian antara Tun Mandak dan Raja Reman, terjadi pertempuran antara angkatan Raja Reman dan Tun Mandak di atas bukit. Tun Mandak melarikan diri ke dalam hutan dan angkatan Raja Reman kembali mengambil alih kawasan Kelian Intan.