Abdullah Mohamed Kassim1 (l. 13 Mac 1949, Singapura–m. 14 Oktober 2010, Singapura), lebih dikenali sebagai Dollah Kassim, ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili Singapura antara tahun 1968 hingga 1981.2 Beliau bermain di posisi penyerang tengah dan digelar “raja gelek” (gelek ialah perkataan Melayu yang merujuk kepada gerakan tubuh yang meliang-liuk) kerana gaya permainannya yang santai dan kelicikannya menggelecek bola.
Zaman Kanak-Kanak dan Pendidikan
Membesar di sebuah kampung di Owen Road, Farrer Park, Dollah merupakan anak keempat dalam keluarganya, yang mempunyai lima orang abang dan dua orang kakak. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Rangoon Road dari 1957 hingga 1962, dan Sekolah Menengah Inggeris Serangoon antara 1963 hingga 1966.3
Semasa darjah tiga, Dollah terpilih menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. Sebagai juara olahraga sekolah, beliau turut menyertai acara hoki, pingpong, sofbol dan bola keranjang. Antara jiran Dollah di Farrer Park ketika itu ialah jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Singapura, Choo Seng Quee atau “Uncle Choo”, bakal presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), N. Ganesan, serta pengadil terkenal George Suppiah.4
Kerjaya Awal dalam Bola Sepak
“Uncle” Choo yang ternampak Dollah bermain bola sepak di kampung telah membawanya ke sesi latihan di padang Farrer Park yang terkenal. Pada tahun 1966, Dollah menubuhkan sebuah pasukan bernama Burnley United bersama beberapa rakan, termasuk bakal pemain kebangsaan, Samad Alapitchay dan S. Rajagopal.5
Pada tahun 1968, Burnley menyertai dan memenangi kejohanan belia anjuran FAS. Persembahan cemerlang Dollah dalam kejohanan itu membuatnya terpilih untuk menyertai pasukan bola sepak kebangsaan, dengan elaun latihan sebanyak S$5 bagi setiap sesi.6 Beliau membuat penampilan sulung untuk Singapura pada April dalam perlawanan Piala Malaysia di tempat lawan menentang Negeri Sembilan, Malaysia.7 Dollah menyertai perkhidmatan negara pada 1968, bersama sebahagian besar pemain Burnley United.8
Pasukan Kebangsaan
Kerjaya peringkat nasional Dollah berkembang apabila beliau mencipta nama dalam Kejohanan Merdeka 1971 dengan menjaringkan gol penalti yang membawa kemenangan 1-0 ke atas Burma (Myanmar).9 Pada tahun berikutnya, Dollah menyertai skuad Singapura yang menjalani latihan selama sebulan di London bersama kelab-kelab England seperti Arsenal dan Chelsea.10
Pada September 1974, Dollah digugurkan daripada pasukan kebangsaan kerana tidak hadir latihan.11 Beliau kemudian mengetuai pasukan International Contract Specialists (kini Geylang United FC) memenangi Liga Bola Sepak Kebangsaan. Persembahan cemerlangnya mendorong FAS untuk menjemput beliau kembali menyertai pasukan kebangsaan.12 Dollah muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan Singapura dalam Piala Malaysia 1975, dengan salah satu golnya kekal dalam ingatan. Gol tersebut dijaringkan pada peringkat separuh akhir menentang Pahang di Stadium Nasional, apabila Dollah menggelecek empat pemain pertahanan dan penjaga gol sebelum menjaringkan gol.13 Gol itu diangkat sebagai “salah satu gol tercantik dunia” dalam laporan berita selepas Dollah berpulang pada 2010.14 Namun, Singapura tewas 1-0 kepada Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1975.15
Pada 1977, Dollah merupakan sebahagian daripada pasukan yang menewaskan Pulau Pinang 3-2 dalam perlawanan akhir, sekali gus membawa kemenangan Piala Malaysia kepada Singapura buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun.16
Persaraan daripada Bola Sepak
Selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 1979, Dollah bermain untuk Singapura dalam Kejohanan Merdeka menentang Indonesia, di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang bahu. Kecederaan bahu yang berulang – yang pertama kali dialami pada 1973 – memaksanya meninggalkan pasukan kebangsaan.17 Pada akhir Julai 1979, Dollah mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan dengan alasan faktor usia, keinginan memberi laluan kepada pemain muda berbakat dan kecederaan bahunya.18
Bagi memperingati kerjaya 11 tahunnya bersama pasukan kebangsaan, FAS menganugerahkan beliau pingat emas bernilai lebih S$1,000. FAS turut menganjurkan perlawanan testimonial menentang kelab Jepun, Hitachi FC. Acara tersebut, yang dihadiri 15,000 penyokong, berakhir dengan kemenangan 3-2 untuk Singapura, dengan Dollah menjaringkan gol pertama. Pada akhir musim 1979, Dollah dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik FAS.19
Kerjaya Kejurulatihan
Pada Februari 1980, Dollah lulus kursus kejurulatihan anjuran FAS,20 dan seterusnya membimbing pasukan belia Singapura dalam Piala Lion City, serta pasukan sekolah dan syarikat. Pada waktu yang sama beliau bekerja dengan Singapore Pools.21
Serangan Jantung dan Pemergian
Pada 4 Oktober 2009, Dollah bermain 10 minit pertama dalam perlawanan veteran antara Singapura dan Selangor sebagai tirai pembukaan Piala Sultan Selangor di Stadium Jalan Besar. Pada waktu rehat, beliau rebah di bangku pasukan akibat serangan jantung.22 Dalam perjalanan ke Hospital Tan Tock Seng, jantung Dollah terhenti dan beliau diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Menurut doktor yang bertugas, jantung Dollah terhenti selama 18 minit sebelum berjaya dikembalikan berfungsi semula,23 menyebabkan beliau mengalami kerosakan otak.24 Dollah menjalani angioplasti kecemasan di hospital,25 dan didapati menghidap diabetes serta penyakit jantung koronari yang hanya diketahui selepas kejadian itu. Pada Januari 2010, beliau dilaporkan keluar dari hospital,26 dan menerima kunjungan bekas rakan sepasukan serta orang ramai termasuk Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan pegawai FAS.27
Pada Januari 2010, FAS berjaya mengumpulkan S$82,000 untuk keluarga Dollah menerusi sumbangan penaja S-League, pengerusi kelab, orang ramai serta hasil kutipan tiket daripada perlawanan persahabatan. Yuran penggunaan stadium juga dikecualikan sebagai tanda sokongan kepada Dollah dan keluarganya.28
Pada 14 Oktober 2010, Dollah meninggal dunia di rumahnya di Sengkang. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang.29 Dalam sepucuk surat kepada balu Dollah, Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan ketika itu, Vivian Balakrishnan, menyifatkan beliau sebagai “seorang legenda, dan wira sukan untuk seluruh rakyat Singapura”.30
Legasi
Sempena mengenang Allahyarham, Anugerah Dollah Kassim dimulakan pada 2010 dan dianugerahkan setiap tahun kepada pemain bola sepak belia paling cemerlang berusia 18 tahun ke bawah.31 Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan dan sahsiah pemain dalam bola sepak. Popularitinya turut terakam dalam budaya pop tempatan apabila penulis lagu Azim Chan dan penyanyi Kamaliah Latiff menerbitkan lagu berjudul “Dollah Kassim” pada 1975.32
Keluarga33
Isteri: Faridah Syed Anwar
Anak lelaki: Mohammed Ezaad Abdullah
Anak perempuan: Ellya Hafsah Abdullah
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya awal Dollah Kassim dalam bola sepak, pengalaman latihannya serta renungan beliau tentang semangat berpasukan dan disiplin, sila dengarkan rakaman wawancara sejarah lisan beliau di sini.
Penulis
Alvin Chua
Dikemas kini oleh
Nur Eliqah Ali
References
1. Ng, Kelly. “Dollah Kassim’s grave among those slated for exhumation.” TODAY. Published 19 July 2017; updated 20 July 2017. Retrieved 19 August 2025, from https://www.todayonline.com/singapore/tombs-football-icon-former-politician-affected-tengah-air-base-expansion
2. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/01, Bibliographical information, p. 1]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
3. Perera, A. (1993, August 15). The Gelek King scores new goals. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
4. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/01, Bibliographical information, p. 1]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
5. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/01, pp. 3, 10–11]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
6. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/01, pp. 15–16]; Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/02, p. 19]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
7. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/02, pp. 19, 27]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
8. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/02, pp. 19, 27]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
9. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/02, p. 23]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
10. Ng, C. (1971, August 8). Hurrah! It’s a great S’pore win. The Straits Times, p. 22. Retrieved from NewspaperSG.
11. Low, J. (1972, March 15). It will need more than a UK trip. New Nation, p. 15; Low, J. (1972, March 22). Be well geared to create an impression. New Nation, p. 17. Retrieved from NewspaperSG.
12. Dorai, J. (1974, September 26). Prima donna Dollah is sacked from the squad. The Straits Times, p. 25. Retrieved from NewspaperSG.
13. Palakrishnan, R., & Das, M. (1996). S.League: The kickoff. Singapore: Singapore Professional Football League, p. 77. (Call no.: RSING 796.33406095957 S)
14. Low, J. (2010, October 15). Dollah’s jinking all the way to heaven. The Straits Times, p. 18. Retrieved from NewspaperSG.
15. Humphreys, N. (2010, October 16). Meeting Dol the gentleman. The New Paper, p. 53. Retrieved from NewspaperSG.
16. Dorai, J. (1975, September 1). Sticky end for Singapore in the final. The Straits Times, p. 25. Retrieved from NewspaperSG.
17. Low, J. (2010, October 15). Dollah’s jinking all the way to heaven. The Straits Times, p. 18. Retrieved from NewspaperSG.
18. Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, October 8). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/8, p. 122]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
19. Dorai, J. (1979, July 29). Dollah calls it a day after 11 years. The Straits Times, p. 24. Retrieved from NewspaperSG.
20. Dorai, J. (1979, August 3). FAS say ‘thank you’ to Dollah Kassim in gold. The Straits Times, p. 33; Dorai, J. (1979, August 20). Dollah bows out in a blaze of glory. The Straits Times, p. 31. Retrieved from NewspaperSG.
21. Dorai, J. (1980, February 1). Enter Dollah, in new role. The Straits Times, p. 39. Retrieved from NewspaperSG.
22. Perera, A. (1993, August 15). The Gelek King scores new goals. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG; Zarina Yusof. (Interviewer). (2003, September 4). Oral history interview with Dollah Kassim [Transcript of MP3 recording no. 002793/11/01, Bibliographical information]. Retrieved from National Archives of Singapore website: http://www.nas.gov.sg/archivesonline/
23. Voon, T. (2009, October 5). Dollah collapses in mid-game. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG.
24. Voon, T. (2009, October 7). New concerns for Dollah. The Straits Times, p. 34. Retrieved from NewspaperSG.
25. Wong, J. (2010, January 1). Dollah discharged and home with family. The Straits Times, p. 10. Retrieved from NewspaperSG.
26. Voon, T. (2009, October 6). Dollah still in critical condition. The Straits Times, p. 26. Retrieved from NewspaperSG.
27. Wong, J. (2010, January 1). Dollah discharged and home with family. The Straits Times, p. 10. Retrieved from NewspaperSG.
28. Football Association of Singapore. (2016). Update on Dollah Kassim's medical status. Retrieved 2016, July 21 from Football Association of Singapore website: http://www.fas.org.sg/news/update-dollah-kassims-medical-status
29. Osman, S. (2010, January 22). Football chips in for Dollah. Today, p. 63. Retrieved from NewspaperSG.
30. Lim, L., & Noir, S. (2010, October 15). Goodbye, Gelek King. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
31. Chan, U-G., & Nair, S. (2010, October 15). A legend and friend remembered. The Straits Times, p. 18. Retrieved from NewspaperSG.
32. Dollah Kassim Award Recipients. Singapore Sports School. Retrieved 19 August 2025, from https://www.sportsschool.edu.sg/sports/sports-programmes/football-academy/dollah-kassim-award-recipients
33. Lim, L., & Noir, S. (2010, October 15). Goodbye, Gelek King. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |