Suratman Markasan (l. 29 Disember 1930, Singapura – m. 27 Februari 2024, Singapura)1 ialah seorang penyair dan novelis prolifik serta perintis kesusasteraan yang dihormati di Singapura. Kerjaya sasteranya bermula pada awal 1950-an. Beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Southeast Asian Writers (SEA Write) Award (1989),2 Pingat Kebudayaan (2010)3 dan Anugerah Sasterawan Mastera (Majlis Sastera Asia Tenggara) (2014) yang dianugerahkan oleh Mastera Brunei.4 Beliau juga merupakan pemenang bersama Hadiah Sastera Singapura (2022).5
Latar belakang
Dilahirkan di Singapura pada 1930, Suratman mula menulis pada awal 1950-an. Beliau menulis puisi pertamanya, “Hati yang Kosong”, pada 1954, yang menggambarkan pencariannya untuk menemui makna hidup.7 Selepas menamatkan pengajian di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak pada 1950, beliau menyertai perkhidmatan perguruan. Kemudian, pada 1968, beliau mendaftar di Universiti Nanyang, Singapura, dan menamatkan pengajian pada 1971 dengan Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Pengajian Melayu dan Indonesia.8 Pada 1980, Suratman dilantik sebagai Penolong Pengarah bagi Pengajian Melayu dan Tamil di Kementerian Pendidikan. Dari 1981 hingga 1985, beliau menjadi pensyarah sepenuh masa di Institut Pendidikan, Singapura. Beliau bersara pada akhir 1985, kemudian meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah sambilan sehingga akhir 1995.9
Suratman merupakan penulis Singapura pertama yang dilantik sebagai penulis tamu Dewan Bahasa dan Pustaka (Institut Bahasa dan Kesusasteraan) di Malaysia pada 1991. Selain menulis, beliau menyunting penerbitan seperti Majalah Sasterawan (1971–73); Majalah Sekata (1984–88); Warita Suara, penerbitan Mendaki (1985–87); Warita, penerbitan MUIS (1989–92); Ikhwan Darussalam (1993–96); dan Khalifah Muda (1998).10
Suratman juga tampil di pelbagai acara tempatan, seperti Festival Penulis Singapura.11 Beliau turut menyertai acara deklamasi puisi antarabangsa di Osaka, London, Paris, Jerman, San Francisco dan Ohio.12 Selain itu, beliau menulis pelbagai kertas kerja tentang kesusasteraan, bahasa dan budaya Melayu, yang dibentangkan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau turut aktif dalam persatuan kesusasteraan, bahasa dan budaya di Singapura menerusi jawatan penting yang dipegangnya di Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50) dan Kesatuan Guru Melayu Singapura. Dari 1982 hingga 1984, beliau menjadi presiden Kesatuan Guru Melayu Singapura.13
Tema
Sebahagian besar karya Suratman membincangkan tema berkaitan Singapura, serta isu-isu yang diketengahkan oleh masyarakat Melayu di Singapura. Beliau memberikan kritikan terhadap tindakan atau idea yang dianggap tidak wajar. Karya beliau mencakupi pemerhatian terhadap perubahan sosial, budaya dan politik yang memberi impak kepada masyarakat Melayu. Satu lagi tema yang diterokai Suratman ialah tuntutan terhadap reformasi agama atau kembali kepada agama di tengah-tengah perubahan besar dan pesat dalam kehidupan moden. Beliau percaya bahawa agama dan etika dapat menyelamatkan manusia daripada terjerumus ke dalam jurang kehidupan tanpa kemanusiaan dan penyimpangan kepercayaan.14 Beliau juga menulis beberapa puisi tentang cinta, sebahagiannya ditujukan kepada isteri tercinta, almarhumah Saerah Taris.15
Suratman menganggap penulisan sebagai satu tanggungjawab agama. Menerusi penulisan, beliau berharap dapat menggambarkan kebenaran dan realiti kehidupan bagi membantu masyarakat memahami cabaran yang perlu mereka dihadapi. Beliau menggalakkan pembaca merenung isu-isu eksistensial dan masalah sosial, seperti pengabaian ibu bapa, kekosongan rohani, keterasingan budaya, kehilangan bahasa, nasib golongan miskin, dan pengurusan masjid yang lemah. Naratif dan puisinya dilengkapi dengan esei mengenai budaya, agama dan bahasa Melayu.
Suratman digambarkan sebagai penulis moden dengan kecenderungan reformis, dan idea serta gaya penulisannya berkembang dari semasa ke semasa.16 Beliau tidak bereksperimen dengan teknik penulisan baru semata-mata untuk menyesuaikan diri dengan zaman. Walaupun unsur absurdisme, realisme magik atau pascamoden jarang ketara dalam karyanya, isu yang diketengahkan tetap relevan dengan masyarakat Melayu yang merupakan sebahagian daripada masyarakat berbilang budaya moden.
Pada 2022, Suratman dianugerahkan Hadiah Sastera Singapura untuk karya bukan cereka Melayu, Mengasah Kalam Jilid 2. Pada usia 91 tahun, beliau bersama Wang Gungwu menjadi penerima tertua anugerah tersebut. Tahun berikutnya, pada 2023, Pusat Bahasa Melayu Singapura menghasilkan dokumentari mengenai Suratman bertajuk Bicara Budiman Suratman Markasan: Catatan Seorang Cendekia.17
Karya terpilih
Novel
1962: Tak’ada jalan keluar
1979: Matahari kota
1980: Conflict
1989: Subuh hilang senja
1991: Perempuan kerudung hitam
1993: Potret isteri yang hilang
1994: Tiga lelaki
1996: Di bumi mana
1998: Penghulu yang hilang segala-galanya
2011: Dunia bukan kita punya
Puisi
2004: Puisi luka dan puisi duka: (Puisi-puisi pilihan 1979–2002)
2010: Puisi-puisi perjalanan
2013: Kembali ke akar Melayu kembali ke akar Islam. Jilid 1, Kumpulan puisi 1954–2011
2014: Suratman Markasan puisi-puisi pilihan
2015: The Wanderer
Cerpen
2007: Langau menyerang masjid: Dan cerita-cerita lain
2011: Api yang membara
2013: Kembali ke akar Melayu kembali ke akar Islam. Jilid 2, Kumpulan cerpen 1955–2012
2015: Dari perang datang sampai Kamoe san masuk Melayu: Kumpulan cerpen
2017: Minum kopi di Boigeet House: Kumpulan cerpen kembara
Bukan Cereka
1982: Gerak dan dialog
2000: Kembali kepada Al-Quran
2005: Bangsa Melayu Singapura dalam transformasi budayanya
2013: Kembali ke akar Melayu kembali ke akar Islam. Jilid 3, Kumpulan kertas kerja 1986–2012
2013: Kembali ke akar Melayu kembali ke akar Islam, Jilid 4. Kumpulan ucapan dan temu ramah 1987–2012
2020: Kesusasteraan Melayu Singapura: Kumpulan puisi Melayu (1930–2015)
2021: Mengasah Kalam Jilid 2
Antologi
1959: Mekar dan Segar
1968: Pertentangan
1977: Persidangan Penulis Asean: [Kertaskerja-kertaskerja]
1978: Cerpen-cerpen ASEAN
1981: Puisi Temasik; Puisi Temasik 12–13 Disember 1981 [kertas kerja]
1981: Puisi-puisi Nusantara
1983: Gema Temasek
1984: Bahasa dan sastera nusantara: Sejarah dan masa depannya: Kertas kerja Pertemuan Sasterawan Nusantara III
1986: Jalan permulaan
1987: Tiga warna bertemu
1987: Temasik
1991: Cerpen-cerpen nusantara mutakhir
1992: Terminal terakhir
1995: Pertemuan kedua
1995: Journeys: Words, Home and Nation: Anthology of Singapore Poetry (1984–1995)
1997: Stories from Southeast Asia
1998: Memories and Desires: A Poetic History of Singapore
2000: Rhythms: A Singaporean Millennial Anthology of Poetry
2002: Balada Suluh Budiman
2023: Aku menghitung-hitung nama-Mu : sebuah kumpulan puisi
2024: Kukuruyuk! : kumpulan puisi Suratman Markasan, tokoh persuratan & sasterawan Singapura
Anugerah terpilih
1958:Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Novel, DBP Kuala Lumpur18
1962:Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Cerpen, Kementerian Kebudayaan Singapura19
1982:Hadiah Cemerlang National Book Development Council of Singapore (NBDCS): Kumpulan Cerpen20
1985:Hadiah Sastera (Penghargaan) Penelitian Hadiah Sastera Singapura: Puisi21
1989:Southeast Asian Writers (SEA Write) Award22
1990:Hadiah Cemerlang National Book Development Council of Singapore (NBDCS): Buku23
1994:Hadiah Cemerlang National Book Development Council of Singapore (NBDCS): Buku24
1997:Mont Blanc-NUS Centre for the Arts Award, Singapore25
1999:Anugerah Tun Seri Lanang26
1999:Anugerah Sastera Nusantara Johor Baharu27
2002:Anugerah Tokoh Pujangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris28
2010:Pingat Kebudayaan, Singapura29
2014:Anugerah Sastera Mastera30
2019:Anugerah Alumni Terunggul Nanyang, Nanyang Technological University, Singapura31
2022: Hadiah Sastera Singapura32
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan perintis Suratman Markasan dalam lanskap kesusasteraan Singapura, perjalanan beliau dalam bidang puisi serta sumbangannya kepada kesusasteraan Melayu, sila dengarkan rakaman wawancara sejarah lisan beliau di sini.
Penulis
Juffri Supa’at
Rujukan
1. “Cultural Medallion: Suratman Markasan,” National Arts Council, accessed 3 September 2020; “Si Hitam,” Berita Minggu, 6 January 1985, 6 (From NewspaperSG); Rubiah Mohd, “Ramai terkesan pemergian sasterawan perinitis Suratman Markasan,” Berita Harian, 28 February 2024, 1.
2. Tan Lian Choo, “Malay Writer One of Six Asian Award Winners,” Straits Times, 29 September 1989, 28. (From NewspaperSG)
3. “Singapore Cultural Icons,” Straits Times, 13 October 2010, 1. (From NewspaperSG)
4. Suhaimi Mohsen, “Selagi Badan Sihat, Suratman Markasan Tekad Terus Berkarya…,” Berita Minggu, 21 April 2019.
5. Toh Wen Li, "Historian, Literary Pioneer Bag S'pore Literature Prize at 91," Straits Times, 26 August 2022, B1. (From Newslink via NLB's eResources website)
6. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
7. Azhar Ibrahim, “Suratman Markasan: A Man of Letters and a Witness of Change,” in Juffri Supa'at, Suratman Markasan: Puisi-Puisi Pilihan (Singapore: National Library Board, 2014), 6. (Call no. RSING 899.281 SUR)
8. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
9. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
10. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
11. Akshita Nanda, “Who’s Who of Home-Grown Literature at Singapore Writers Festival,” Straits Times, 29 October 2015.
12. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, ed., Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965 (Singapore: Angkatan Sasterawan ’50 & National Library Board, 2005), 186. (Call no. RSING 899.280255957 LEK-[DIR])
13. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
14. Azhar Ibrahim, “Suratman Markasan: Malay Literature and Social Memory,” BiblioAsia 10, no. 1 (Apr–Jun 2014).
15. Ibrahim, “Man of Letters and a Witness of Change,” 7.
16. Ibrahim, “Malay Literature and Social Memory”; Suratman Markasan, Bangsa Melayu Singapura Dalam Transformasi Budayanya (Singapore: Anuar Othman & Associates Media Enterprise, 2005). (Call no. RSING 305.8992805957)
17. Rubiah Mohd, “S’pura hilang tokoh Bahasa, budaya yang sangat dihormati… bak gugurnya sebutir permata,” Berita Harian, 28 February 2024, 3; Toh Wen Li, "Historian, Literary Pioneer Bag S'pore Literature Prize at 91," Straits Times, 26 August 2022, B1. (From Newslink via NLB's eResources website)
18. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
19. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
20. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
21. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
22. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
23. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
25. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
25. Ong Sor Fern, “No Money for Five But Award Is Symbol of Recognition,” Straits Times, 29 October 1997, 6. (From NewspaperSG)
26. Tuminah Sapawi, “Hit the Drums, He’s the Winner,” Straits Times, 27 July 1999, 5. (From NewspaperSG)
27. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
28. Mohamed Abdul Aziz, Leksikon, 186.
29. “Singapore Cultural Icons.”
30. Mohsen, “Selagi Badan Sihat.”
31. Felicia Choo, “Top NTU Alumni Awards for Poet, Zaqy Mohamad and Teckwah Boss,” Straits Times, 19 October 2019. (From NewspaperSG)
32. Toh, "Historian, Literary Pioneer Bag S'pore Literature Prize at 91."
Rujukan Tambahan
1. Azhar Ibrahim, “Suratman Markasan: Malay Literature and Social Memory” BiblioAsia 10, no. 1 (Apr–Jun 2014).
2. Suratman Markasan, oral history interview by Abdul Ghani bin Hamid, 30 July 1991, MP3 audio, 31:22, National Archives of Singapore (accession no. 001293).
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |