Mohamad Sanif Bin Olek ialah seorang pemenang anugerah dan pengarah filem serta televisyen yang bermastautin di Singapura1, terkenal dengan pelbagai sumbangan sebagai penulis skrip lakon layar2, pembuat filem dan aktivis sosial3. Dengan kerjaya yang gemilang sejak 1997, beliau telah menyusun langkah-langkah ketara dalam industri, yang meraih kehormatan dan kekaguman akan iltizam kepada kemahiran dan penceritaan yang berkesan4.
Pendidikan
Sanif Olek melanjutkan pendidikan pascamenengah di sebuah maktab rendah tempatan. Setelah menamatkan Perkhidmatan Negara dalam unit Komando, beliau mendaftarkan diri untuk program Diploma dalam Filem, Bunyi dan Video di Politeknik Ngee Ann5, yang mencetus minat – dan kemudian, kerjaya beliau – dalam menulis skrip lakon layar dan pengarahan.
Pembuatan Filem dan Anugerah
Dengan berteraskan keghairahan dalam penceritaan, Sanif Olek mula mencipta cerita-cerita yang rapat dengan warna-warni Singapura yang berbilang budaya. Portfolio beliau bermacam-macam dari filem bebas ke program-program hal ehwal semasa6. Pada 2005, beliau merintis syarikat penerbitan filem, reeljiuce7, bertumpu kepada mencipta isi televisyen dan filem yang bermanfaat yang mencerminkan pengalaman-pengalaman masyarakat tempatan.
Menerusi filem-filem beliau, Sanif menjelajahi tema-tema seperti identiti, kekitaan dan isu-isu sosial yang menjejas Singapura dan kawasan sekitar Asia Tenggara. Karya-karya beliau mengundang para penonton untuk berbincang dalam perbualan kritis tentang soalan-soalan penting perihal masyarakat.
Filem sulung beliau, Sayang Disayang8, memenangi Anugerah Juri untuk Filem Asia Terbaik dalam Pesta Filem Antarabangsa SalaMindanaw pada tahun 2013. Kemudian, filem itu meraih Anugerah Muzikal Terbaik dalam Pesta Filem Antarabangsa Mexico9. Sayang Disayang juga terpilih sebagai penyertaan rasmi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik dalam Academy Awards (Oscars) yang ke-87 pada tahun 2015. Kini, beliau telah menerima empat anugerah Pengarah Terbaik dalam Pesta Perdana Mediacorp. Pesta ini mengiktiraf yang terbaik dalam industri hiburan Melayu di Singapura.10
Perjuangan dan Penglibatan Masyarakat
Sebagai seorang aktivis sosial, Sanif Olek mempunyai iltizam untuk menggalakkan seni pembuatan filem di Singapura. Beliau menyertai secara aktif dalam usaha-usaha yang menyokong pengarah baharu dan memupuk kreativiti dalam masyarakat. Dengan keyakinan akan kuasa filem untuk menjangkau batas dan menggalakkan kepaduan sosial, beliau tidak kenal lelah dalam menyediakan ruang untuk berdialog dan bekerjasama11.
Dalam peranan beliau sebagai pendidik, Sanif telah mengendalikan bengkel-bengkel dan program-program pementoran yang direka untuk memberikan inspirasi kepada generasi muda yang berbakat kreatif12. Iltizam beliau untuk memupuk artis-artis muda mencerminkan keyakinan beliau tentang kepentingan mengekalkan ekosistem seni Singapura dan memastikan pertumbuhan yang berterusan.
Penulis
Mohamed Hizammuddin Bin Mohamed Yusof
References
1. https://www.imda.gov.sg/about-imda/research-and-statistics/support-for-industry-sectors/media/film/directors/sanif-olek
2. https://www.linkedin.com/in/sanifoo/?originalSubdomain=sg
3. Biography Singapore: https://www.youtube.com/watch?v=JGnWIFD4Aec
4. https://thehoneycombers.com/singapore/interview-local-television-and-short-film-director-sanif-olek-shares-his-go-to-places-to-hang-out-eat-and-more/
5. Biography Singapore: https://www.youtube.com/watch?v=Y31cMCPTjM4
6. https://reeljuice.blogspot.com/2025/01/twenty-twenty-four.html?m=1
7. https://www.imda.gov.sg/about-imda/research-and-statistics/support-for-industry-sectors/media/film/production-companies/reeljuice
8. https://www.imdb.com/title/tt2989650/?ref_=nm_knf_c_4
9. https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/filem-sanif-olek-sayang-disayang-menang-lagi-di-pesta-filem-mexico
10. https://www.threads.net/@sanifoo/post/DHQVTr5SfB4
11. https://www.asiaone.com/entertainment/storytellers-and-social-historians-we-speak-local-filmmakers-sanif-olek-wee-li-lin
12. The Temasek Short Film Project: https://www.youtube.com/watch?v=IGGy9_-3Btg
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |