Kami menawarkan pelbagai kandungan digital yang memenuhi cita rasa pembaca daripada segenap lapisan usia menerusi wadah Facebook Perkhidmatan Perpustakaan Bahasa Melayu, koleksi e-buku Overdrive dan Bacaan Menarik untuk Kanak-Kanak melalui aplikasi mudah alih NLB.
Akses kepada sumber bacaan dan menimba ilmu dapat diperolehi dalam keselesaan kediaman masing-masing. Anda sekeluarga dapat menikmati Saranan Bacaan dan Gig Puisi di Facebook kami. Untuk memperkaya pengalaman membaca, terokai aplikasi mudah alih NLB serta laman e-buku NLB Overdrive untuk mendapatkan saranan-saranan terkini.
Irama & Buku

Program ini bertujuan melengkapkan para ibu bapa dengan kemahiran asas untuk membantu anak-anak kecil membina kemahiran literasi melalui lima amalan literasi awal iaitu Bermain, Bernyanyi, Berbual, Membaca dan Menulis.
Muat turun risalah pengayaan program ini di sini.
Bengkel Memupuk Minat Membaca (Raise-A-Reader workshop)
Tabiat membaca boleh dipupuk dalam diri anak sejak awal lagi. Bengkel ini bertujuan membantu ibu bapa memperolehi kemahiran menyemai minat dan cinta terhadap amalan membaca dalam diri anak-anak. Antara topik-topik yang disentuh ialah tentang jenis-jenis buku bergambar dan pemilihan buku.
Kelab-kelab Membaca (Reading Clubs)

Sertai kelab membaca kami untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun. Setiap sesi diadakan sejam setiap bulan, dan bertujuan memupuk minat membaca bahan-bahan bahasa Melayu dalam kalangan peserta. Si cilik dapat menikmati sesi bercerita interaktif dan pelbagai aktiviti kebahasaan menarik serta penghasilan kraf tangan istimewa. Ibu bapa digalakkan turut serta!
Masa Bercerita (Story Time)

Sesi 'Masa Bercerita' disiarkan secara digital di laman Youtube NLB. Kanak-kanak yang berusia antara 4-8 tahun pasti terhibur dengan pelbagai cerita yang disampaikan oleh para pustakawan kami.
Cerita Kita

Sesi ini hanya diadakan semasa cuti sekolah di Perpustakaan Awam Sengkang, Perpustakaan Awam Yishun dan Perpustakaan Awam Chua Chu Kang. Sesi sejam ini padat dengan cerita-cerita rakyat dan juga cerita dari buku-buku bergambar terbaru dalam Bahasa Melayu, disusuli dengan aktiviti-aktiviti kraf. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 8 tahun. Tarikh akan dimaklumkan melalui lelaman Facebook Perkhidmatan Perpustakaan Bahasa Melayu.
Siri Bengkel Pustaka Remaja (Youth Reading Series)

Cinta kepada ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan remaja tidak semestinya bersumber daripada bahan bacaan. Sertailah siri bengkel pimpinan para pakar jemputan yang mengetengahkan pelbagai topik.
Siri Ceramah Anjung Warisan (Culture Connect Series)

Budaya merupakan identiti bangsa. Menerusi siri ceramah ini, para peserta akan mendalami pengetahuan mereka tentang pelbagai topik berkaitan budaya Melayu. Penceramah undangan merupakan pakar dalam bidang yang dibicarakan.
Kelab Membaca Ilham Pustaka (Reading Club for Adults)

Kelab membaca dewasa ini mengadakan pertemuan bulanan untuk membicarakan pelbagai karya dan isu yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu tempatan. Para penulis, pendidik dan penikmat sastera Melayu berhimpun bersama dan bergilir-gilir membuat perkongsian tentang pelbagai topik. Sesi bersifat interaktif ini bermanfaat membangunkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman menghayati persuratan Melayu Singapura sekali gus memakmurkannya. Sabtu ke-4 setiap bulan, 2.30 petang
Gig Puisi (Poetry gig or Literary Open Mic)

Gig Puisi merupakan platform tetap yang dianjurkan 4 kali setahun untuk para penulis, penyajak, pelajar dan pencinta puisi mempersembahkan pelbagai karya di atas satu pentas. Hadirin turut berpeluang menunjukkan bakat dan mengakrabkan hubungan dengan para penulis serta aktivis sastera Melayu tempatan dalam suasana santai.
Malay World Series

The Malay World series is specially curated for arts and cultural enthusiasts who are keen in Malay arts and culture. These talks are held four times a year, and discuss topics on language, literature, arts, heritage, and history of the Nusantara (the Malay Archipelago).
This series is organised to complement the Malay World collection housed at Bedok Public Library, which features books in English, Chinese and Tamil on topics related to Malay arts and culture, as well as literary works by Singapore Malay writers. Sessions are in English.
Bicara Karya (Literary Conversations)

Siri ini mengetengahkan para pakar yang akan memudahcarakan perbincangan tentang kesusasteraan. Topik merangkumi perihal penulis dan ketukangannya, analisa, kritikan serta perbandingan tema dan persoalan rentas pelbagai karya. Mengikut jadual khas.
Siri Kenali Kerjaya

Siri Kenali Kerjaya merupakan satu sesi interaktif bagi golongan belia dan remaja mengenali lebih mendalam lagi tentang sebuah kerjaya terpilih. Sesi yang dikendalikan oleh pakar dalam kerjaya tersebut bukan sahaja membantu mereka mempertimbangkan kerjaya yang sesuai untuk diri bahkan laluan pengajian yang patut diikuti.