Ummi ceritalah pada kami!. vol. 1, ep. 1 & 2 / Hud Hud Media ; penerbit eksekutif, Johan Nawawi ; penerbit, Nora Ariffin.
Video Recording
Share
Loading Player .......
Information About
In Malay with English subtitles.
Title
Ummi ceritalah pada kami!. vol. 1, ep. 1 & 2 / Hud Hud Media ; penerbit eksekutif, Johan Nawawi ; penerbit, Nora Ariffin.
Artist
Nora Ariffin, producer.
Subjects
Language
Malay
Type
Video Recording
Abstract
Erti Al-Fatihah (Ep. 1). Alif sedang membaca dan menghafal erti surah Al-Fatihah. Ummi memberi dorongan kepadanya dan menceritakan tentang kelebihan surah Al-Fatihah. Kisah tersebut tentang sahabat Nabi yang memasuki sebuah perkampungan untuk berdakwah. Tidak lama selepas mendengar cerita tersebut, Alif terserempak dengan Aiman yang sedang membaiki komputer Ummi dalam bilik yang agak gelap. Niatnya hendak membuka lampu bilik tersebut, Alif dengan tidak sengaja menyebabkan Aiman terkena gencatan elektrik. Ummi memasuki bilik tersebut dan sedar bahawa Aiman telah terkena gencatan elektrik. Ummi berjaya menyelamatkan Aiman dan kemudian menerangkan kepada Alif kenapa Aiman tidak sembuh walaupun dibaca Al-Fatiha. Kepentingan Al-Fatihah ditegaskan lagi, dan mereka semua berusaha untuk menghafalkan erti surah tersebut dengan menyanyikan lagu Al-Fatihah. -- Si Tanggang moden (Ep. 2). Selepas bermain, Putri dan Atan berlumba lari ke dalam rumah sehingga terlanggar Hana dan menjatuhkan bukunya, sebuah buku himpunan kisah-kisah anak derhaka. Hana sedang mereka cerita untuk memasuki pertandinga Hari Ibu di sekolah. Tajuk cerita ialah Si Tanggang Moden. Apabila mendengan cerita Hana, Aiman mengatakan bahawa di zaman Rasulullah SAW tidak mungkin ada anak derhaka. Lalu Ummi menceritakan tentang Al-Qamah, seorang lelaki alim yang sedang nazak dan tidak mampu mengucapkan kalimah syahadah kerana telah menderhaka kepada ibunya. Dia hanya mampu mengucapkan dua kalimah syahadah setelah ibunya memaafkannya. Ummi mengaitkan lagi, perkara paling penting pada Hari Ibu atau hari-hari lain ialah untuk menjaga hubungan baik dengan ibu termasuk sentiasa meminta maaf atas segala kesalahan.