Ini adalah buku sejarah mengenai negeri Perak untuk kegunaan murid-murid di sekolah Melayu. Ia menceritakan mengenai zaman silam negeri Perak sebagai sebuah negeri Melayu yang tertua. Sejarah negeri Perak bermula dengan pertabalan Sultan Muzaffar Syah I yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka.