Ini adalah kisah Tun Fatimah, anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang jelita dan juga seorang srikandi. Tun Fatimah telah dikahwinkan dengan Tun Ali, dan Bendahara didendam Sultan Mahmud kerana tidak memperlihatkan Tun Fatimah kepada Baginda terlebih dahulu. Akibat difitnah, Bendahara Seri Maharaja, abangnya, Seri Nara di-Raja, anaknya, Tun Hasan, dan menantunya, Tun Ali, dibunuh Sultan. Setelah Bendahara Seri Maharaja meninggal, Tun Fatimah dipaksa Sultan Mahmud berkahwin dengan Baginda. Walaupun Tun Fatimah dapat membela kematian keluarganya dengan penangkapan dan kematian pengkhianat-pengkhianat, Melaka tetap tewas ditangan Portugis pada tahun 1511 kerana ramai bangsa-bangsa asing dalam negeri Melaka yang belot menyebelahi Portugis. Sultan Mahmud, Tun Fatimah dan beberapa pengiring yang taat setia kepada raja berjaya melarikan diri meninggalkan Melaka.