A. Seorang perempuan telah mengadu kepada Khalifah Umar bahawa ia ingin berkahwin lagi setelah kematian suaminya yang bernama Tamim al-Dari. Dia membawa saksi kepada Khalifah Umar untuk membuktikan bahawa ia adalah seorang janda. Setelah waktu idahnya selesai ia dikahwinkan dengan lelaki dari kaum Ansar. Beberapa lama kemudian, Tamim al-Dari kembali ke negerinya. Mereka bertiga berjumpa Khalifah Umar untuk mendapatkan penyelesaian. Tamim al-Dari memberitahu Khalifah Umar bahawa dia dibawa lari oleh jin. Khalifah Umar membuat keputusan mengembalikan semula perempuan itu kepada Tamim al-Dari., B. Raja Rom, raja Sham dan raja Yaman hidup dizaman Khatim Tai. Mereka dengki terhadap Khatim Tai yang masyhur dan pemurah. Ketiga-tiga mereka merancang sesuatu untuk menguji kejujuran Khatim Tai. Raja Rom meminta kuda kesayangan Khatim Tai. Malangnya kuda tersebut telah disembelih untuk menjamu jemputan. Khatim Tai cuba mencari kuda lain serta menghantar hadiah-hadiah kepada raja Rom sebagai pengganti permintaan beliau. Permintaan Raja Sham tidak dapat dipenuhi oleh Khatim Tai. Raja Yaman menghantar seorang badwi untuk membunuh Khatim Tai dan membawa balik kepalanya., (Mal.-pol. 61)