Seorang raja kayangan telah disumpah menjadi miskin lalu dia dan isterinya tinggal dalam sebuah hutan dekat negeri Antah-berantah. Pada suatu hari, dia memperolehi setempayan emas, dan dibinanya sebuah negeri, Puspa Sari. Dia menjadi Maharaja Indera Angkasa dan isterinya, Tuanputeri Ratna Dewi. Mereka mendapat dua anak - Mara Kerma dan Tuanputeri Nila Kesuma. Raja Antah-berantah, Maharaja Indera Dewa, menjadi cemburu dan dengki lalu membuat fitnah anak-anak si Miskin amat celaka. Kerana termakan fitnah, Maharaja Indera ingin membunuh anak-anaknya tetapi dirayu isterinya. Maka mereka pun dihalau keluar negeri. Berhanyutlah mereka dalam hutan rimba dan terpisah apabila Mara Kerma ditangkap orang dusun Palinggam Cahaya dan Nila Kesuma ditemui pemburu Raja Mengindera Sari, anak raja Palinggam Cahaya.