Ini adalah cerita mengenai Tun Andak, anak perempuan Raja Perak. Walaupun tertarik dengan Datok Lela Setia, seorang pahlawan yang handal, beliau masih bersetuju dikahwinkan dengan Datuk Pahlawan, seorang pembesar negeri. Apabila Siam menyerang Kedah, Datuk Pahlawan dihantar memimpin pasukan untuk menolong Kedah. Selang beberapa bulan, Siam telah menduduki daerah Kelian Intan, di utara Perak. Tun Andak dan Datok Lela Setia diutuskan ke sana dan dapat merebut daerah itu semula. Tun Andak memutuskan bahawa beliau akan memerintah Kelian Intan dan Datok Lela menjadi suaminya. Orang-orang Siam mula tahu akan kelemahan Tun Andak dan membuat helah bahawa jika Tun Andak menjadi isteri ketua orang-orang Siam, Siam akan berdamai dengan Perak. Tun Andak pun mengupah beberapa orang membunuh Datok Lela Setia agar beliau boleh mendapat suami yang lebih besar pangkatnya dan lebih kacak lagi. Pada hari perkahwinan, dalam perjalanan menyambut pengantin lelaki, rombongan Tun Andak diserang hendap pasukan Siam. Tun Andak lepas lari ke hutan dan orang-orang Melayu kalah dalam pertempuran. Pasukan Siam merampas Kelian Intan dan dijadikan pusat untuk menawan negeri-negeri lain.