Ini adalah kisah Awang Kenit, anak ketujuh seorang penebang kayu suami isteri, yang tersangat kecil hingga ia boleh duduk di atas tapak tangan bapanya. Kesenangan hidup keluarga penebang kayu itu tidak kekal kerana kemarau. Penebang kayu itu pun memutuskan untuk membuang anak-anaknya ke dalam hutan kerana tidak mampu lagi membela mereka. Apabila di hutan anak-anak itu tersesat jalan dan terjumpa rumah seorang Gergasi yang bercadang untuk memakan mereka keesokkan harinya. Tetapi dengan kepintaran Awang Kenit, mereka telah berjaya melarikan diri. Dia juga telah mendapatkan harta Gergasi dan menjadi budak pesuruh Raja yang terkenal di merata negeri.