Madamme Mathilde hanyalah wanita biasa. Bukanlah dari keluarga yang ternama. Menjadi isteri pula kepada seorang kerani miskin yang bekerja di pejabat pelajaran. Pada suatu hari, dia dan suaminya dijemput ke rumah menteri pelajaran untuk sebuah temasya. Suaminya fikir bahawa Madamme Mathilde akan gembira, namun sebaliknya dia marah dan sedih. Dia tidak mempunyai baju atau barang kemas yang istimewa untuk dipakai. Oleh kerana kasihan dengannya, suaminya memberikannya 400 franc untuk membeli gaun yang sesuai. Tidak cukup dengan itu, Mathilde pula meminjam kalung berlian dari temannya Madamme Jean. Malangnya, kalung berlian itu hilang.