Dato’ Bahaman pada mulanya adalah orang kuat Sultan negeri Pahang tetapi beliau mula menentang Sultan apabila Inggeris dibenarkan mencampuri hal dalam negeri. Setelah dipecat dari jawatannya, Dato’ Bahaman menjadi orang buruan Inggeris. Setelah beberapa lama memberontak, Dato’ Bahaman akhirnya menyerah diri kepada pihak Siam yang telah datang membantu pihak Inggeris.