Menggambarkan sistem perdagangan di Singapura. Dikarang oleh Tuan Siami di Singapura. [B] Syair potong gaji: Menggambarkan kehidupan yang melarat di Singapura dibawah pemerintahan Govenor-General dari negeri Benggala. Kerja bertambah berat dan gaji dipotong. Rakyat amat sedih dengan keadaan hidup yang susah. Dikarang oleh Tuan Siami di Singapura. [C] Syair Tuanku Perbu di negeri Singapura: Mengisahkan tentang Tuanku Perbu, isteri Sultan bersekedudukan dengan 'tambi' peranakan keling. Tuanku Perbu berkelakuan jahat dan membuat fitnah terhadap beberapa orang. Akhirnya tambi keluar dari Singapura untuk melarikan diri dari aib dan malu. Sambil menunggu perahu untuk membawanya, tambi telah menulis amanat dalam bentok prosa yang mempunyai terjemahan didalam Bahasa Inggeris. Disalin pada tahun [1834] hijrah., (Mal.-pol. 96)