Buku kartun ini membawa riwayat ringkas perjuangan seorang pahlawan Melayu bernama Hang Nadim yang tidak kurang masyhur namanya dari panglima agung Melayu, Hang Tuah. Hang Nadim adalah seorang pahlawan Melayu yang taat pada agama dan mencintai kedamaian. Dia berperang dengan lanun-lanun yang memerah tenaga mereka yang tidak berdosa, sehingga nyaris menjadi korban semasa cuba menyelamatkan mangsa lanun-lanun itu.