Ahmad bin Mohamed Ibrahim, (l. 12 Mei 1916, Singapura – m. 17 April 1999, Gombak, Malaysia), juga dikenali sebagai Tan Sri Datuk Profesor Ahmad Ibrahim, ialah peguam negara pertama Singapura.1 Beliau merupakan tokoh penting dalam rundingan penggabungan antara Singapura dan Malaysia pada awal 1960-an, serta pakar undang-undang delegasi Singapura ke London pada tahun 1963 bagi rundingan pembentukan Malaysia yang membincangkan kemerdekaan daripada pihak British. Dikenali dalam kalangan perundangan sebagai pakar dalam undang-undang Islam, Ahmad merangka Administration of Muslim Law Act (Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam) pada tahun 1966, yang telah memperbaharui bidang kuasa Mahkamah Syariah dan membawa kepada penubuhan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).2
Kehidupan awal
Ahmad dilahirkan pada 12 Mei 1916 dalam sebuah keluarga yang taat beragama. Bapanya, Mohamed Ibrahim, ialah seorang pengamal perubatan yang aktif dalam kegiatan sosial dan kebajikan Islam.3
Ahmad mendapat pendidikan awal di Victoria Bridge School dan Institusi Raffles. Pada tahun 1935, beliau menamatkan pengajian di Raffles College, Singapura, dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (London) dengan Kepujian.4
Pada tahun 1936, Ahmad menerima biasiswa Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajaran di St John’s College, Universiti Cambridge. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1939 dengan ijazah kelas pertama dalam Economics Tripos I dan Law Tripos II, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Cantab). Semasa di Cambridge, beliau memenangi Hadiah George Long bagi Undang-Undang Romawi.5
Ahmad kembali ke Singapura pada permulaan Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1941, beliau menduduki peperiksaan akhir Bar dan memperoleh Certificate of Honour. Pada November tahun yang sama, beliau telah diterima untuk menyertai Badan Peguam (called to the Bar) di Middle Temple, London, secara in absentia.6
Seorang Ahli Undang-Undang yang Cemerlang
Kerjaya perundangan Ahmad sememangnya cemerlang.7 Beliau telah dilantik sebagai peguam negara pertama bagi Singapura pada tahun 19598, dan pada tahun 1962, beliau mengetuai satu pasukan seramai empat orang bagi mengadakan rundingan penyatuan di Kuala Lumpur, satu peranan penting dalam perbincangan tentang penyatuan antara Singapura dan Malaysia9.
Selepas kemerdekaan Singapura, Ahmad menjadi peguam negara pertama negara ini. Warga perundangan serta pihak pemerintah mendapatkan ilmu dan kepakaran beliau dalam pelbagai isu undang-undang yang merangkumi undang-undang pentadbiran, harta, kewangan dan kontrak.10 Beliau turut menyumbang kepada penggubalan Piagam Wanita dan Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat yang sehingga kini terus membentuk kerangka perundangan Singapura.11
Seorang pakar undang-undang yang luar biasa, Ahmad bukan sahaja menguasai undang-undang sivil tetapi juga undang-undang Islam.12 Didorong hasrat yang mendalam untuk meningkatkan taraf perundangan masyarakatnya, beliau menjalankan kajian terperinci tentang undang-undang Islam bagi masyarakat Melayu-Islam di Singapura melalui penyelidikan arkib, penelusuran sejarah perundangan Islam di Asia Tenggara serta perbandingan pentadbiran undang-undang Islam di beberapa buah negeri Melayu.13
Melalui kajiannya, beliau mendapati bahawa perlembagaan pascakolonial di negara-negara jiran yang majoritinya Muslim sering kali meletakkan syariah dalam kedudukan yang simbolik dan tidak jelas. Ketidakjelasan dan ketiadaan kuasa fungsi ini dianggap mengecewakan oleh Ahmad.14 Beliau memerhatikan bagaimana mahkamah syariah mula kehilangan kepercayaan dan penghormatan masyarakat Islam sewaktu era penjajahan kerana dikendalikan oleh pegawai agama yang “tunduk dan pasif”.15 Menurutnya, kedudukan syariah telah diperkecilkan kepada sekadar pemeliharaan, dan dilucutkan daripada potensi serta keperluan untuk pembaharuan.16
Hal ini tidak selari dengan visi Ahmad terhadap undang-undang syariah di Singapura. Seperti sarjana Islam reformis lain, beliau melihat syariah sebagai satu rangka kerja undang-undang dan etika yang dinamik, yang sentiasa perlu ditafsirkan dan disusun semula agar terus relevan dalam konteks moden tempatan.17 Beliau menentang keras kepatuhan membuta tuli terhadap tafsiran sarjana pramoden.18, 19 Katanya, “Syariah yang diturunkan dalam risalah terakhir bertujuan merangkumi keseluruhan kehidupan manusia dalam semua aspek politik, ekonomi, sosial, intelektual dan kerohanian. Ia juga bertujuan untuk menyerap pertumbuhan kehidupan manusia yang sihat dan normal.”20
Dengan kepakaran mendalam serta analisis terperinci terhadap undang-undang Islam sedia ada, Ahmad memikul tanggungjawab untuk merangka Administration of Muslim Law Act (AMLA). Meskipun menghormati tradisi, beliau memastikan bahawa amalan kebiasaan tidak menjadi penghalang kepada kemajuan, dan keutamaannya ialah prinsip kesaksamaan serta perlindungan golongan rentan.21
Pada tahun 1960, Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam telah diperkenalkan di Dewan Perundangan dengan tujuan menggantikan Muslims Ordinance 1957.22 Setelah bertahun-tahun mengadakan perbincangan dan penambahbaikan, AMLA telah diluluskan oleh Parlimen Singapura pada Ogos 1966 dan mula berkuat kuasa pada Julai 1968.23
Namun begitu, undang-undang ini tidak terlepas daripada kritikan. Sebahagian anggota masyarakat menuntut agar dilaksanakan “undang-undang Islam yang tulen”, yang ditolak oleh Ahmad sebagai “tidak masuk akal dan berbahaya dalam sebuah negara di mana umat Islam merupakan minoriti kecil.”24 Beliau turut menegaskan, “Ada yang mengkritik Akta ini atas alasan bahawa ia bertentangan dengan peruntukan undang-undang Islam. Anehnya, mereka ini tidak tampil untuk menunjukkan bahagian-bahagian tertentu dalam Akta yang dikatakan bertentangan dengan undang-undang Islam.”25
Selain itu, terdapat juga anggota masyarakat yang amat tidak berpuas hati dengan penglibatan pemerintah dalam hal ehwal masyarakat Islam, dan menuntut agar perkara sedemikian tidak dibenarkan.26 Sehubungan itu, timbul juga kebimbangan bahawa MUIS, yang akan ditubuhkan di bawah akta tersebut, bakal menjadi alat politik.27 Walaupun Menteri Kebudayaan dan Hal Ehwal Sosial telah memberikan jaminan bahawa tiada ahli politik aktif akan dilantik ke dalam MUIS, rasa sangsi masih wujud.28 Namun begitu, Ahmad kekal yakin terhadap undang-undang yang digubalnya, dan menyeru umat Islam agar menerima undang-undang tersebut dengan hati yang terbuka.29
Garis masa kerjaya
1946: Dilantik sebagai majistret di Singapura.30
16 September 1946: Diterima penyertaan dalam Badan Peguam di Singapura.31
1947: Dilantik sebagai hakim daerah.32
1948: Meninggalkan perkhidmatan awam dan menjadi pensyarah undang-undang di Raffles College.33
1949–1955: Berkhidmat sebagai peguam swasta dan menjalankan tugas sebagai pesuruhjaya perbandaran, ahli Lembaga Luar Bandar dan juga anggota majlis perundangan.34
1955: Kembali berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan dilantik sebagai hakim daerah.35
1956: Dilantik sebagai peguam Diraja dan timbalan pendakwa raya.36
Mei 1957: Dinaikkan pangkat sebagai peguam Diraja kanan.37
1959–1965: Ketua peguam bela negara Singapura yang pertama.38
1965–1967: Peguam Negara pertama Republik Singapura.39
1966: Parlimen meluluskan Administration of Muslim Law Bill yang digubal oleh Ahmad. Di bawah undang-undang baharu ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperkemas semula dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ditubuhkan.40
1969: Meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sektor awam di Singapura selepas 22 tahun berkhidmat dan berpindah ke Malaysia.41
1969–1972: Profesor Pengajian Undang-Undang, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Perniagaan, Universiti Malaya.42
1972–1983: Dekan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.43
1983–1999: Profesor dan Shaikh Kuliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.44
1984: Profesor Emeritus, Universiti Malaya.4
Anugerah
Singapura
5 Jun 1965: Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Universiti Singapura (kini Universiti Nasional Singapura).46
Malaysia
1974: Johan Mangku Negara, dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.47
1979: Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara yang membawa gelaran Datuk, dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.48
1979: Pingat Allama Muhammad Iqbal, dianugerahkan oleh kerajaan Pakistan.49
1987: Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri, dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.50
1989: Anugerah Tokoh Maal Hijrah.51
1992: Anugerah Tun Razak.52
Karya
Ahmad menghasilkan dan menerbitkan lebih daripada 100 karya sepanjang hayatnya.53 Beberapa karyanya boleh didapati di Perpustakaan Negara, termasuk judul terpilih berikut:
1950-an: Islamic Law in Malaysia (naskhah taip)54
1965: Islamic Law in Malaya55
1965: The Legal Status of the Muslims in Singapore56
1965: Muslims in Singapore57
1984: Income Tax Case Law of Malaysia and Singapore (Vol. 1)58
1995: The Malaysian Legal System59
1997: Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia60
2000: The Administration of Islamic Law in Malaysia61
Keluarga
Bapa: Mohamed Ibrahim62
Isteri: Sri Salmah bt. Mohamed Tahir63
Anak: Sembilan orang64
Kematian
Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Gombak, Malaysia, pada 17 April 1999. Beliau berusia 82 tahun.65
Seorang lagi Ahmad Ibrahim yang terkenal
Terdapat seorang lagi tokoh terkenal bernama Ahmad Ibrahim, iaitu seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Buruh. Beliau meninggal dunia pada 21 Ogos 1962.67 Jalan Ahmad Ibrahim dan Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim dinamakan sempena mengenang jasanya.68
Penulis
Vernon Cornelius-Takahama
Dikemas kini oleh
Mohamad Tauhid Bin Mohd Bakhit
Rujukan
1. J. V. Morais, ed., The Who's Who in Malaysia (1956–): 16 (Call no. RCLOS 920.0595 WWM-[HWE]); Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82,” Straits Times, 18 April 1999, 2. (From NewspaperSG)
2. Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82.”
3. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” in Malaysian Legal Essays: A Collection of Essays in Honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim, ed. M. B. Hooker (Kuala Lumpur; Singapore: Malayan Law Journal, 1986), 15 (Call no. RSEA 340.09595 MAL); Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore ([n.p.]: Xlibris Corporation, 2012), 606–21. (Call no. RSING 610.922595 FAR)
4. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 15.
5. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 16–17.
6. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 17.
7. “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker,” Roots, Accessed 16 January 2025, https://www.roots.gov.sg/stories-landing/stories/ahmad-ibrahim/story
8. Roots, “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker.”
9. “Ibrahim leaves after S’pore merger talks ,” The Straits Budget, 12 December 1962, 7. (From NewspaperSG).
10. Roots, “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker.”
11. Roots, “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker.”
12. Ahmad Nabil Amir, “Ahmad Ibrahim and the Islamization of Law in Malaysia,” Advances 4, no. 3 (2023): 86.
13. Roots, “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker.”
14. Khairudin Aljunied, “Rehabilitating the Shari'a: Ahmad Ibrahim and Reformation of Laws in Southeast Asia,” Muslim World 112, no. 4 (2023): 396.
15. Khairudin, “Rehabilitating the Shari’a,” 395-396.
16. Khairudin, “Rehabilitating the Shari’a,” 396.
17. Khairudin, “Rehabilitating the Shari’a,” 388.
18. Khairudin, “Rehabilitating the Shari’a,” 392.
19. Ahmad Ibrahim, “Towards an Islamic Law for Muslims in Malaysia,” Journal of Malaysia and Comparative Law 12, no.1 (2019): 39-40.
20. Ahmad Ibrahim, “Towards an Islamic Law for Muslims in Malaysia,” 39.
21. Roots, “Ahmad Ibrahim: Legendary lawmaker.”
22. “Administration of Muslim Law Act 1966,” Singapore Infopedia, published 28 December 2015, https://www.nlb.gov.sg/main/article-detail?cmsuuid=c5f54cb7-86c4-4e0a-a518-3e2bd8e234ad#
23. Singapore Infopedia, “Administration of Muslim Law Act 1966.”
24. “Ahmad: Call for a pure Muslim law is absurd,” The Straits Times, 9 November 1966, 5. (From NewspaperSG).
25. “'Give Majlis fair trial' call to Muslims,” The Straits Times, 17 November 1966, 8. (From NewspaperSG).
26. “Ahmad: Call for a pure Muslim law is absurd.”
27. “'Give Majlis fair trial' call to Muslims.”
28. “'Give Majlis fair trial' call to Muslims.”
29. “'Give Majlis fair trial' call to Muslims.”
30. Morais, Who's Who in Malaysia, 16.
31. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18.
32. Morais, Who's Who in Malaysia, 16.
33. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18; Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82.”
34. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18.
35. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18.
36. Morais, Who's Who in Malaysia, 16.
37. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18.
38. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18; “Attorneys-General of Singapore,” Government of Singapore, accessed 27 August 2017.
39. Morais, Who's Who in Malaysia, 16; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 18; Government of Singapore, “Attorneys-General of Singapore.”
40. Singapore. Parliament, Third Reading of The Administration of Muslim Law Bill, vol. 25 of Official Reports – Parliamentary Debates (Hansard), 17 August 1966, col. 237; “Muslim Law Bill Is Passed in Parliament,” Straits Times, 18 August 1966, 8 (From NewspaperSG); Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 20.
41. Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 613; Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82.”
42. “Ahmad Ibrahim Is Named Professor in Law Studies,” Straits Times, 16 August 1969, 9; “KL Law Faculty Opens in May,” New Nation, 21 February 1972, 2 (From NewsppaerSG); Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82.”
43. “KL Law Faculty Opens in May”; Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82”; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 22.
44. Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82”; Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 22.
45. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 22.
46. “Record Graduands At Convocation,” Straits Times, 5 June 1965, 4; “A Bigger S’pore Varsity: Prof. Lim,” Straits Times, 6 June 1965, 17. (From NewspaperSG)
47. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 23; “Profile of Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ahmad Ibrahim,” International Islamic University Malaysia, n.d.
48. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 23.
49. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 23.
50. Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 613.
51. Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 613.
52. Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 613.
53. Shaikha Zakaria, “List of Works by Professor Ahmad Ibrahim,” Malaysian Legal Essays: A Collection of Essays in Honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim, ed. M. B. Hooker (Kuala Lumpur; Singapore: Malayan Law Journal, 1986), 24–38. (Call no. RSEA 340.09595 MAL)
54. Ahmad Ibrahim, Islamic Law in Malaysia ([n.p.: n.p., 1950–1958]. (Call no. RDTYS q348.97 AHM)
55. Ahmad Ibrahim, Islamic Law in Malaya (Singapore: Malaysian Sociological Research Institute, 1965). (Call no. RSING 340.59 AHM)
56. Ahmad Ibrahim, The Legal Status of the Muslims in Singapore (Singapore: Malayan Law Journal, 1965). (Call no. RSING 342.087 AHM)
57. Ahmad Ibrahim, Muslims in Singapore ([n.p.: n.p., 1965]. (Call no. RCLOS q342.087 AHM)
58. Ahmad Ibrahim, Income Tax Case Law of Malaysia and Singapore. Vol. 1 (Singapore: Malayan Law Journal Pte. Ltd., 1984). (Call no. RSING 343.5957052 AHM)
59. Ahmad Ibrahim and Ahilemah Joned, The Malaysian Legal System (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia, 1995). (Call no. RSEA 349.595 AHM)
60. Ahmad Ibrahim, Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia (Kuala Lumpur: IKIM, 1997). (Call no. Malay R 340.5909595 AHM)
61. Ahmad Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Malaysia (Kuala Lumpur, Malaysia: Institute of Islamic Understanding Malaysia, 2000). (Call no. RSEA 340.5909595 AHM)
62. Al-Mansor Adabi, “Ahmad Ibrahim in the Service of Islam,” 15; Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 606–21.
63. Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 614.
64. Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82”; Faridah Abdul Rashid, Biography of the Early Malay Doctors 1900–1957 Malaya and Singapore, 614.
65. Salma Khalik, “S’pore’s First A-G Dies At 82.”
66. Jackie Sam, “Minister Ahmad Ibrahim Dies, 35,” Straits Times, 22 August 1962, 1 (From NewspaperSG); Singapore Days of Old (Hong Kong: Illustrated Magazine, 1992), 183. (Call no. RSING 959.57 SIN-[HIS])
67. Sam, “Minister Ahmad Ibrahim Dies, 35.”
68. “In Memory – Ahmad Ibrahim School,” Straits Times, 3 May 1963, 4 (From NewspaperSG); Ahmad Ibrahim Integrated Secondary School, Ahmad Ibrahim Secondary School Annual 1969 (Singapore: The School,n.d.), 3 (Call no. RCLOS 373.5957 AISSA); “School History,” Ahmad Ibrahim Secondary School, accessed 8 June 2017; Victor R. Savage and Brenda S. A. Yeoh, Singapore Street Names: A Study of Toponymics (Singapore: Marshall Cavendish Editions, 2013), 159–60. (Call no. RSING 915.9570014 SAV-[TRA])
Rujukan Tambahan
1. Abdul Aziz Bari, “Ahmad Ibrahim and the Islamisation of law in Malaysia,” in Monograph on Selected Malay Intellectuals (Kuala Lumpur, Malaysia: Research Centre, International Islamic University Malaysia, 2003), 229–58. (Call no. RSEA 297.09239928 MON)
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |