Iskandar Jalil (Dr) (l. 5 Januari 1940, Singapura -) ialah seorang tokoh seni tembikar tempatan yang tersohor. Beliau menggunakan tanah liat halus untuk menghasilkan mangkuk dan pasu sebagai karya seni, dengan menggabungkan elemen gaya Jepun dan Islam. Beliau telah menerima pelbagai anugerah berprestij termasuk penghormatan budaya tertinggi Singapura, iaitu Pingat Budaya pada tahun 1988; anugerah tertinggi kerajaan Jepun, Order of the Rising Sun - Gold Rays with Rosette pada tahun 2015; serta dikurniakan Bintang Bakti Masyarakat pada tahun 2012 dan Pingat Jasa Gemilang pada tahun 2015 atas jasa bakti beliau dalam perkhidmatan awam.1
Anak bongsu daripada lima beradik, Iskandar dibesarkan di Kampong Chantek, Bukit Timah. Sebagai pelajar aliran sains tulen di Sekolah Menengah Victoria, beliau cemerlang dalam subjek Matematik dan Kimia.2 Pada asalnya, beliau mendapat latihan dan berkhidmat sebagai guru matematik dan sains. Beliau dianugerahkan dua Biasiswa Rancangan Colombo – yang pertama pada tahun 1966 untuk mempelajari tekstil di India, dan yang kedua pada tahun 1972 untuk mempelajari seni seramik di Jepun, di mana beliau mengasah kemahiran dan teknik seramiknya di Tajimi.3 Sejak tahun 1970-an, selain Singapura, Iskandar telah mempamerkan hasil karyanya di negara-negara seperti Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Sweden.4 Selain sebagai seorang pengkarya tembikar yang prolifik, Iskandar turut mempengaruhi seniman muda melalui kerjayanya sebagai pendidik. Beliau pernah mengajar di Institut Vokasional Baharuddin dan kemudiannya di Sekolah Reka Bentuk, Politeknik Temasek hingga bersara pada tahun 1999. Beliau juga pernah mengajar di balai rakyat dan di Akademi Seni Halus Nanyang. Iskandar pernah menjadi pemeriksa luar maktab-maktab di Australia dan Malaysia, dan masih menyampaikan ceramah tentang tembikar di Universiti Nasional Singapura. Pada tahun 2004, beliau turut menyumbang dana untuk Singa Kiln Project di Siem Reap, Kemboja, di samping beberapa projek masyarakat lain yang disertainya.5
Ciri-ciri tersendiri karya Iskandar termasuk taktil, permukaan yang kaya dengan tekstur; penggunaan ranting kayu sebagai hiasan; penggunaan motif Asia Tenggara dan kaligrafi Jawi; penghasilan warna sepuh biru khas yang dikenali sebagai “Iskandar Blue”; teknik satu tangan dan tanah liat tempatan; serta pengaruh estetika dan falsafah seramik Jepun (seperti Gerakan Kraf Mingei). Iskandar menghasilkan karya berskala besar untuk ruang awam selain daripada mangkuk chawan yang sederhana.6
Sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan pengaruhnya sebagai pakar tembikar dan pendidik, Iskandar dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat (Doctor of Letters, honoris causa) oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun 2016, dengan pameran khas yang diadakan di Institut Pendidikan Nasional (NIE). Pada tahun yang sama, beliau diraikan melalui pameran penghormatan Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat (Clay Travels) di Galeri Nasional Singapura.7 Pada Ogos 2022, Japan Creative Centre bersama Kedutaan Jepun di Singapura dan Tembusu Art Gallery menganjurkan pameran solo A Master Potter’s Travelogue: A Solo Exhibition by Dr. Iskandar Jalil yang mempamerkan lebih 40 hasil karya seramik beliau.8
Karya Iskandar menjadi sebahagian daripada koleksi awam dan peribadi antarabangsa termasuk Muzium Negara Sweden dan bekas ketua negara.9 Karyanya turut dimiliki oleh tokoh dan institusi Singapura termasuk bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Muzium Negara Singapura, bank, lembaga berkanun serta institusi pendidikan. Beberapa karya berskala besar beliau dapat dilihat di ruang awam seperti mural dinding di stesen MRT Tanjong Pagar (1988), dan mural dinding di Terminal Dua, Lapangan Terbang Changi Singapura (1990).
Falsafah
Menurut Iskandar, seseorang itu memerlukan tempoh selama 20 tahun untuk mempelajari kemahiran, membentuk gaya tersendiri dan menjadi tukang tembikar yang baik. Beliau gemar bekerja dengan tanah liat kerana ianya lembut, mudah dibentuk dan senang digunakan. Iskandar menghasilkan karya tunggal dan tidak menghasilkan produk dalam jumlah besar untuk tujuan keuntungan. Sebagai wakil generasi pertama tukang tembikar Singapura, beliau berpendapat bahawa tanggungjawab utamanya ialah menumpukan perhatian kepada pembinaan asas serta menetapkan piawaian bagi generasi tukang tembikar akan datang. Kesederhanaan dan makna yang tersirat dalam bentuk mangkuk amat penting baginya.10
Garis Masa11
1962: Kolej Latihan Perguruan, Singapura
1966: Biasiswa Rancangan Colombo (tekstil), Maharashtra, India
1971: Pameran berkumpulan pertama, ASEAN Art Exhibition di Malaysia
1972: Biasiswa Rancangan Colombo (kejuruteraan seramik), Tajimi, Jepun
1985: Pameran solo pertama, Raw, Earthy and Pliable, di Alpha Gallery, Singapura
2000: Kembali ke Jepun untuk melawat gurunya bagi meneliti semula minatnya terhadap bentuk mangkuk. Gurunya mengurniakan gelaran “tuan tukang tembikar” (master potter) sebagai pengiktirafan terhadap “pusingan penuh” perjalanan profesionalnya.
2001: Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menaja penerbitan buku tentang karya Jalil bertajuk Square One: A Potter’s Journey, yang memaparkan karya tempahan khas bagi memperingati ulang tahun ke-40 lembaga tersebut serta karya lain sepanjang kerjayanya.
Pameran Solo12
1985: Raw, Earthy and Pliable, Alpha Gallery, Singapura
1990: The Potter’s Journey, National Museum Art Gallery, Singapura
1991: Singapore’s Pottery, Stockholm, Sweden
1992: Ceramics, Miyazaki, Jepun
1993: Hong Kong Festival of Arts, Hong Kong
1995: My Dialogue With Clay, Takashimaya Gallery, Singapura
2001: Potter’s Life, Potter’s Thoughts, Ministry of Information and the Arts, Singapura
2004: New Zealand International Arts Festival, New Zealand
2007: Material, Message, Metaphor, Art-2 Gallery, Ministry of Information, Communications and the Arts Building, Singapura
2016: Dr Iskandar Jalil: A Master Potter’s Philosophy & Process, The Art Gallery, National Institute of Education, Singapura
2016: Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat (Clay Travels), National Gallery Singapore13
Pameran Berkumpulan Terpilih14
1971: ASEAN Art Exhibition, pameran bergerak di negara-negara ASEAN
1975: 14 Singapore Ceramics Artists, National Museum Art Gallery, Singapura
1976: Contemporary Singapore Sculpture, National Museum Art Gallery, Singapura
1979: Ceramics and Sculpture, Gallery Asia, Singapura
1981: International Design, Osaka, Jepun
1985: International Ceramics, Taipei, Taiwan
1986: Clayworks, Alpha Gallery, Singapura
1987: Transformation Image: Contemporary Ceramics in Singapore, National Museum, Singapura
1987: Basic, National Museum, Singapura
1987: National Museum’s Centenary Art Festival, National Museum Art Gallery, Singapura
1987: Ying and Yang, National University of Singapore
1988: Clay and Cloth (pameran bersama seni tembikar dan quilt bersama isteri), National Museum Art Gallery, Singapura1988: Infinity, Westin Stamford Hotel, Singapura
1991: Clay Pieces, National Museum Art Gallery, Singapura
1994: Contrast, Takashimaya Gallery, Singapura
1995: Singapore Art 95, Suntec City, Singapura
1995: 4th International Ceramics Competition 1995, Tajimi Gifu, Jepun
1995: Malay Artists, Petronas Art Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia
1999: Handmade: Shifting Paradigms, Singapore Art Museum
2004: Material Matters, The Gallery, Arts House at Old Parliament, Singapura
2006: Ceramics Beyond Borders: Commemorating 40 years of Bilateral Ties between Singapore and Japan, National Library Building, Singapura
2007: Fourth World Ceramics Biennale, Incheon, Gwangju dan Yeoju, Korea Selatan
Anugerah15
1977: Anugerah Khas, National Day Art Exhibition
1988: Anugerah Cultural Medallion bagi Seni Visual
1994: Felo, Centre for the Arts, National University of Singapore
1998: Pingat Apad, Angkatan Pelukis Aneka Daya
2002: Anugerah Berita Harian Achiever of the Year. Iskandar mereka bentuk trofi tersebut empat tahun sebelum beliau menerimanya. Tiga batang keluli di atas tiang timah itu melambangkan pencapaian masa lalu, masa kini dan masa depan penerima anugerah.16
2016: Ijazah Kehormat Doktor Sastera, Nanyang Technological University17
Keluarga18
Ibu bapa: Haji Abdul Jalil bin Abdul Halim dan Hajjah Rohana binti Haji Sirat
Isteri: Saleha binti Amir
Anak: Anak perempuan, Elena, dan anak lelaki, Edzra
Cucu perempuan: Lea Edzra
Penulis
Ruth Creamer & Lindy Poh
Dikemas kini oleh
Shahril Abdullah
Rujukan
1. https://www.mayagallery.com.sg/main/artist/15
2. Curran, A-M. (1984, December 9). A 25-year affair with clay. The Straits Times, p. 5. Retrieved from NewspaperSG.
3. https://www.mayagallery.com.sg/main/artist/15
4. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, pp. 38–43, 171. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Iskandar Jalil. (2001). Square one: A potter’s journey. Singapore: Economic Development Board, p. 128. (Call no.: RSING 738.095957 ISK)
5. Iskandar Jalil. (2001). Square one: A potter’s journey. Singapore: Economic Development Board, p. 128. (Call no.: RSING 738.095957 ISK); Lim, S. (2004, March–April). Of clay and gundus: Potter and teacher Iskandar Jalil. Spring, 8. (Call no.: RSING 307.095957 SLN); Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, pp. 39–43, 48. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Potter Iskandar gets Achiever of the Year Award. (2002, August 1). The Straits Times, p. 2. Retrieved from NewspaperSG.
6. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, pp. 22, 24, 28, 35, 48. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Huang, L. (2016, August 30). Iskandar Jalil’s lifework in two exhibitions. The Straits Times. Retrieved from Factiva via NLB’s eResources website: http://eresources.nlb.gov.sg/
7. https://www.mayagallery.com.sg/main/artist/15
8. https://www.sg.emb-japan.go.jp/JCC/invite_iskandar_2022.html
9. Saini, R. (1995, December 19). It’s talking to me at last! – The clay is human, and it is a woman: Iskandar. The Straits Times, p. 2. Retrieved from NewspaperSG.
10. Lim, R. (2001, August 1). No begging bowl: The spirit of the bowl. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
11. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, p. 171. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Iskandar Jalil. (2001). Square one: A potter’s journey. Singapore: Economic Development Board, p. 128. (Call no.: RSING 738.095957 ISK)
12. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, p. 171. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Jalil, I. (2001). Square one: A potter’s journey. Singapore: Economic Development Board, p. 128. (Call no.: RSING 738.095957 ISK)
13. Huang, L. (2016, August 30). Iskandar Jalil’s lifework in two exhibitions. The Straits Times. Retrieved from Factiva via NLB’s eResources website: http://eresources.nlb.gov.sg/
14. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, p. 171. (Call no.: RSING 738.095957 POH); Jalil, I. (2001). Square one: A potter’s journey. Singapore: Economic Development Board, p. 128. (Call no.: RSING 738.095957 ISK)
15. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, p. 171. (Call no.: RSING 738.095957 POH)
16. Lum, M. (2002, August 13). Off to Desaru on my bike. The Straits Times, p. 6. Retrieved from NewspaperSG.
17. Loh, C. J. (2016, July 25). 7 in 10 NTU graduates secured jobs before graduation: Survey. Channel NewsAsia. Retrieved from Factiva via NLB’s eResources website: http://eresources.nlb.gov.sg/
18. Poh, L., & Iskandar Jalil. (2007). Material message metaphor: The pottery voice of Iskandar Jalil. Singapore: Art-2 Gallery, pp. 2, 39. (Call no.: RSING 738.095957 POH)
Rujukan Tambahan
1. Chia, W. H. (1987, March 29). Potters spring pleasant surprises. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
2. Choy, S. (1971, March 6). Sound advice when buying a vase. New Nation, p. 11. Retrieved from NewspaperSG.
3. Curran, A-M. (1984, December 9). A 25-year affair with clay. The Straits Times, p. 5. Retrieved from NewspaperSG.
3.Dewani Abbas. (1988, July 17). Lapan visi. Berita Harian, p. 3. Retrieved from NewspaperSG.
4. Hasleen Bachik. (1995, December 18). Pameran tembikar Iskandar. Berita Harian, p. 3. Retrieved from NewspaperSG.
5. Holmberg, J. (1975, June 12). The bold ones in fine art. New Nation, p. 7. Retrieved from NewspaperSG.
5. Iskandar Jalil, my cinema paradiso. (2006, August 9). The Straits Times, p. 22. Retrieved from NewspaperSG.
6. Kamsah Sirat. (1984, December 6). Iskandar lahir ilham menerusi seni tembikar. Berita Harian, p. 3. Retrieved from NewspaperSG.
7. Kamsah Sirat. (1984, December 24). Pameran seramik Iskandar dapat sambutan hangat. Berita Harian, p. 2. Retrieved from NewspaperSG.
9. Nayar, P. (2007, March 23). When Iskandar sculpts his personal stories. The Business Times, p. 33. Retrieved from NewspaperSG.
10. Quek, S. P. (1984, December 17). The face of poverty in pottery. The Business Times, p. 11. Retrieved from NewspaperSG.
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |