Zubir bin Said (l. 22 Julai 1907, Bukittinggi, Minangkabau, Sumatera, Indonesia – m. 16 November 1987, Singapura), juga dikenali dengan panggilan mesra “Pak Zubir” atau “Mr Mari Kita” (merujuk kepada dua perkataan pertama lagu kebangsaan Singapura), ialah penggubah lagu kebangsaan Singapura, “Majulah Singapura”.1
Apabila beliau tiba di Singapura pada tahun 1928, Zubir menyertai sebuah kumpulan bangsawan sebagai pemain biola, dan kemudiannya direkrut oleh sebuah syarikat rakaman sebagai penyelia rakaman pada tahun 1936.2 Beliau menjadi penggubah muzik untuk syarikat filem Shaw Brothers pada tahun 1949, dan seterusnya berkhidmat dengan Cathay-Keris selama 14 tahun sehingga beliau bersara pada tahun 1964.3 Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan muzik secara formal, penggubah yang prolifik ini telah menulis sekurang-kurangnya 1,500 buah lagu, merangkumi lagu filem, lagu popular dan lagu kebangsaan.4 Beliau telah dikurniakan pelbagai anugerah semasa hayatnya dan juga selepas pemergiannya, sebagai pengiktirafan terhadap jasanya menggubah lagu kebangsaan dan sumbangannya dalam bidang muzik serta budaya Melayu di Singapura.5
Kehidupan awal
Dilahirkan dalam sebuah keluarga Minangkabau, ibu Zubir meninggal dunia ketika beliau berusia tujuh tahun. Ayahnya bekerja sebagai konduktor kereta api dan juga merupakan ketua kampung.6 Zubir mempunyai tiga orang adik perempuan dan dua orang adik lelaki, serta seorang abang yang meninggal dunia semasa kecil.7
Zubir mendapat pendidikan sekolah rendah dari tahun 1914 hingga 1921, sebelum melanjutkan pengajian ke sekolah menengah selama empat tahun berikutnya. Semasa di sekolah rendah, minatnya terhadap muzik sudah terserlah. Guru muziknya, yang menyedari bakat itu, mengambil inisiatif membimbingnya. Beliau diajar sistem solmisasi, sebuah kaedah pembelajaran muzik menggunakan notasi nombor . Dia juga membantu Zubir menubuhkan sebuah kumpulan muzik bersama beberapa rakan. Seorang sahabat mengajarnya membuat seruling, lalu kumpulan itu menghasilkan muzik dengan seruling buluh buatan sendiri.8 Selain itu, Zubir turut mempelajari gitar dan dram ketika menuntut di sekolah menengah.9
Kerjaya
Indonesia
Setelah menamatkan 11 tahun pendidikan asas, masalah kewangan bapanya memaksa Zubir bekerja pada usia 18 tahun. Dengan kelulusan yang terhad, pilihan pekerjaannya juga terbatas. Pekerjaan pertamanya ialah di sebuah kilang sebagai pembuat batu-bata, sebelum mendapat pekerjaan kedua sebagai jurutaip salinan melalui seorang rakan.10
Ketika bekerja sebagai jurutaip salinan, Zubir mempunyai banyak masa untuk mendalami minatnya dalam bidang muzik. Beliau menyertai sebuah kumpulan keroncong di kampungnya, dan belajar bermain biola daripada seorang rakan.11 Pada suatu hari, selepas membantu memadamkan kebakaran, beliau menerima pujian daripada seorang pegawai daerah Belanda yang menasihatinya agar mengejar cita-cita. Pada usia 19 tahun, Zubir menerima nasihat itu, meletakkan jawatan dan menjadi ketua kumpulan keroncong pengembara. Bersama anggota kumpulannya, beliau menjelajah dari desa ke desa di Sumatera, mencari rezeki dengan membuat persembahan di majlis perkahwinan, pasar ria dan acara sosial.12
Sepanjang masa ini, bapanya yang menganggap muzik sebagai haram menurut hukum Islam menentang keras aspirasi muziknya.13 Oleh kerana Indonesia ketika itu merupakan tanah jajahan Belanda, bapanya berhasrat agar beliau menjadi pegawai dalam angkatan tentera atau pentadbiran Belanda, atau mengambil alih peranan ketua kampung serta berkahwin dengan empat orang isteri.14 Namun, Zubir tetap bertekad untuk mengejar minatnya dalam bidang muzik.15 Jemu dengan segala kekangan sosial dan budaya di tanah kelahirannya, beliau akhirnya memutuskan untuk mencari kehidupan baharu di luar negeri.16
Singapura
Pada tahun 1928, ketika berusia 21 tahun, Zubir meninggalkan Indonesia untuk ke Singapura dengan menaiki kapal kargo, tanpa keizinan atau restu bapanya.17 Beliau mendapat gambaran tentang Singapura melalui seorang sahabat nakhoda, yang menceritakan bahawa pulau itu dihiasi cahaya gemerlapan, kopi susu dan mentega – barangan mewah yang tidak pernah ditemuinya di Sumatera.18
Tidak lama selepas tiba di Singapura, beliau mendapat pekerjaan sebagai pemain biola dengan City Opera, sebuah kumpulan bangsawan terkenal di taman hiburan Happy Valley, Tanjong Pagar.19 Di situ, beliau mempelajari cara membaca dan menulis muzik menggunakan notasi bar dan bermain piano. Beliau kemudian menjadi ketua kumpulan itu. Beliau dihormati 14 anggota kumpulan itu kerana bakat dan kerja kerasnya.20
Zubir kekal bersama City Opera sehingga tahun 1936, apabila beliau direkrut oleh His Master’s Voice (HMV), sebuah syarikat rakaman milik British, sebagai penyelia rakaman.21 Selain menghasilkan rekod, tugasnya termasuk mencari bakat nyanyian, yang memerlukan beliau mengembara ke pelbagai daerah di Indonesia dan Malaya.22 Berkat ketekunan usahanya, beliau mula dikenali dalam industri muzik. Namun, pekerjaannya dengan HMV terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua.23
Pada tahun 1941, Zubir membawa kedua-dua isterinya serta tiga anak perempuan keluar dari Singapura untuk melarikan diri daripada penjajahan Jepun. Mereka kembali ke Bukittinggi, yang kemudian turut diduduki Jepun. Di sana, beliau menubuhkan sebuah kumpulan persembahan bersama beberapa pemuzik dan penyanyi, yang sering dipanggil untuk menghiburkan askar Jepun.24
Sekembalinya ke Singapura pada tahun 1947, beliau bekerja sebagai jurufoto bebas selama dua tahun.25 Pada tahun 1949, beliau diperkenalkan kepada industri filem sebagai penggubah lagu untuk filem-filem Melayu terbitan Shaw Brothers.26 Salah sebuah filem, Chinta, yang menampilkan lagunya mencapai kejayaan besar di pawagam. Namun, kerjayanya dengan Shaw Brothers hanya seketika kerana beliau merasakan tugas itu kurang mencabar.27
Setahun kemudian, beliau diperkenalkan oleh seorang rakan kepada pengurus Cathay Keris, sebuah syarikat filem yang ketika itu baru mula menghasilkan filem-filem Melayu dan sedang mencari penggubah muzik.28 Selain menulis lagu untuk adegan tertentu, beliau turut bertanggungjawab menghasilkan muzik latar yang mengikat keseluruhan jalan cerita filem.29 Bidang ini sangat menarik minat Zubir, dan beliau gembira menerima tawaran tersebut, lalu bermulalah kerjaya 14 tahunnya bersama Cathay Keris.30 Sepanjang tempoh itu, beliau memperluas pengetahuan tentang skor Eropah dan Asia, lalu menggabungkannya dengan melodi Melayu untuk menghasilkan pelbagai gubahan muzik yang berjaya menangkap pelbagai suasana dan inti pati filem-filem Melayu.31
Zubir bersara daripada Cathay-Keris pada tahun 1964. Selepas itu, beliau mengajar muzik kepada golongan muda di rumahnya di Joo Chiat Place dengan menggunakan sistem solmisasi.32
Sumbangan
Lagu kebangsaan
Pada tahun 1958, Zubir menggubah muzik dan lirik bagi “Majulah Singapura” sebagai lagu rasmi Majlis Bandaraya Singapura, sebelum beliau menjadi warganegara Singapura pada tahun 1967.33 Dengan semangat patriotisme yang tinggi, beliau menolak bayaran daripada kerajaan atas gubahan lagu itu34, dengan menyatakan bahawa penghormatan tersebut sudah memadai.35
“Majulah Singapura” telah diperkenalkan secara rasmi kepada rakyat Singapura sebagai lagu kebangsaan negeri pada 3 Disember 1959, iaitu pada hari perlantikan Yang di-Pertuan Negara pertama kelahiran Tanah Melayu, Yusof bin Ishak.36 Hari tersebut amat bermakna bagi Zubir, selain berasa bangga sebagai penggubah lagu kebangsaan, beliau akhirnya berdamai dengan bapanya yang berusia 101 tahun dan datang dari Indonesia untuk menyaksikan upacara tersebut, setelah mereka terpisah selama hampir 30 tahun.37
Gubahan muzik
Sebagai penggubah prolifik, Zubir menghasilkan sekurang-kurangnya 1,500 buah lagu sepanjang hayatnya.38 Sebahagian daripadanya tidak dapat dikesan kerana beliau tidak menyimpan rekod penuh.39
Gubahannya boleh dibahagikan kepada tiga kategori: lagu filem, lagu popular dan lagu kebangsaan.40 Antara gubahan terkenalnya termasuk Sayang di Sayang, Cempaka Biru, Setangkai Kembang Melati, Ikan Tembakul dan Saputangan.41
Pada 22 Ogos 2007, keluarga Zubir menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Universal Music Publishing Group untuk menguruskan 1,500 buah lagu gubahannya.42 Melalui perjanjian itu, karya beliau boleh dirakam semula oleh artis kontemporari, digunakan dalam iklan dan dimuat turun sebagai nada dering telefon bimbit.43
Anugerah dan penghormatan
Zubir menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang hayatnya dan selepas pemergiannya, antaranya:
1962: Sijil Pujian dan Bintang Perkhidmatan Awam atas gubahan lagu kebangsaan Singapura.44
1962: Anugerah Lagu dan Tarian Rakyat Terbaik melalui filem Dang Anom di Festival Filem Asia Kesembilan, Seoul.45
16 Mac 1963: Sijil Kemuliaan atas gubahan lagu kebangsaan.46
17 Julai 1971: Jasawan Seni, anugerah daripada lapan pertubuhan kebudayaan Melayu atas sumbangannya kepada budaya Melayu di Singapura.47
30 Mac 1974: Anugerah Sangeetha Kalabooshan daripada Singapore Indian Film, Arts and Dramatic Society.48
20 Disember 1980: Anugerah Sri Budiman oleh persatuan kebudayaan Melayu, Sriwana.49
24 Ogos 1987: Anugerah Kebudayaan dan Komunikasi ASEAN atas sumbangannya kepada seni persembahan.50
17 April 1995: Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Composers and Authors Society of Singapore (anugerah anumerta).51
Selain itu, sebagai penghormatan kepada beliau, Biasiswa Muzik Zubir – pada awalnya ditadbir oleh Yayasan Budaya Singapura dan kemudian oleh Majlis Seni Kebangsaan – dilancarkan pada tahun 1990. Pada tahun 2009, alamat Sekolah Seni (No. 1, Zubir Drive) turut dinamakan sempena nama beliau.52
Keluarga
Isteri pertama Zubir ialah Jamaliah Isa, seorang artis bangsawan Singapura.53 Tarminah Kario Wikromo, isterinya yang kedua, ialah penyanyi keroncong terkenal yang ditemuinya di Jakarta dan dibimbing untuk rakaman semasa beliau berkhidmat dengan HMV.54
Zubir dikurniakan empat orang anak. Dua orang anak perempuannya yang sulung, Zubaidah and Zuraidah, ialah hasil perkahwinannya dengan isteri pertama. Isteri keduanya pula melahirkan anak perempuannya yang ketiga, Rohana, serta anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki, Soeyono.55
Pada 16 November 1987, Zubir meninggal dunia dalam tidur pada jam 5.30 pagi di rumahnya di Joo Chiat Place. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan hati pada usia 80 tahun, dan dikebumikan di tanah perkuburan Pusara Aman, Choa Chu Kang.56
Penulis
Cheryl Sim
Rujukan
1. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 21, 232. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Music scholarship fund set up. (1990, March 10). The Straits Times, p. 24. Retrieved from NewspaperSG; Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 10. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Chia, H. (1987, November 17). Mr Marikita: Shy, humble and well-loved. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG.
2. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 43. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Mardiana, Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Low, Z. B. (2012). Biography of Zubir Said. In Majulah!: The film music of Zubir Said (pp. 22–27). Singapore: National Museum of Singapore, p. 23. (Call no.: RSING 780.92 MAJ)
3. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
4. Music scholarship fund set up. (1990, March 10). The Straits Times, p. 24; Universal Music to handle Zubir Said's songs. (2007, August 24). The Straits Times, p. 86. Retrieved from NewspaperSG; Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 15. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
5. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 260, 265–266. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
6. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Rohana Zubir. Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 21. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
7. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 21. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
8. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 24, 26–27, 252. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
9. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
10. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 27. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
11. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 29, 31, 40. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
12. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 29–30. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
13. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 31. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
14. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 23, 32, 38. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
15. Haron A. Rahman & Nuryati Duriat. (1983, October 18). The quiet man who makes lasting music. The Straits Times, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
16. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 39. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
17. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 43. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
18. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 12. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
19. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 13. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Low, Z. B. (2012). Biography of Zubir Said. In Majulah!: The film music of Zubir Said (pp. 22–27). Singapore: National Museum of Singapore, p. 23. (Call no.: RSING 780.92 MAJ)
20. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 44–45. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
21. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 13. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Low, Z. B. (2012). Biography of Zubir Said. In Majulah!: The film music of Zubir Said (pp. 22–27). Singapore: National Museum of Singapore, p. 23. (Call no.: RSING 780.92 MAJ)
22. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 13. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 49. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
23. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 51, 53. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
24. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 53, 55–56. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
25. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 66, 78. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
26. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 78. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
27. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 79. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
28. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 79. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
29. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
30. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 79, 81. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
31. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 14. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 81. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
32. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 15. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Tan, S. L. (1980, August 9). The man and his anthem. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG.
33. Lim, K. K. (1987, November 17). Composer of our national anthem dies. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG; Chew, D. (1990). The story of the national anthem. In Zubir Said: His songs (pp. 23–28). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 24. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Low, Z. B. (2012). Biography of Zubir Said. In Majulah!: The film music of Zubir Said (pp. 22–27). Singapore: National Museum of Singapore, p. 23. (Call no.: RSING 780.92 MAJ)
34. Lim, S. (1990, March 10). Audience turns misty-eyed at tribute to Zubir. The Straits Times, p. 24. Retrieved from NewspaperSG.
35. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 16. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
36. Chew, D. (1990). The story of the national anthem. In Zubir Said: His songs (pp. 23–28). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, pp. 26–27. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Singapore. Legislative Assembly. Debates: Official report. (1959, November 11). State arms and flag and state national anthem (Vol. 11). Singapore: Legislative Assembly, col. 739. (Call no.: RCLOS 328.5957 SIN); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 9. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
37. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 9. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
38. Universal Music to handle Zubir Said's songs. (2007, August 24). The Straits Times, p. 86. Retrieved from NewspaperSG.
39. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 15. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
40. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 15. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
41. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 86, 89. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Lim, K. K. (1987, November 17). Composer of our national anthem dies. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG.
42. Universal Music to handle Zubir Said's songs. (2007, August 24). The Straits Times, p. 86. Retrieved from NewspaperSG.
43. Loh, N. (2007, October 7). Tuning in anew to Zubir Said. The Straits Times, p. 51. Retrieved from NewspaperSG.
44. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 265. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Singapore. Legislative Assembly. Debates: Official report. (1959, November 11). State arms and flag and state national anthem (Vol. 11). Singapore: Legislative Assembly, col. 739. (Call no.: RCLOS 328.5957 SIN)
45. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, pp. 14–15. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
46. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 265. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Men who served S’pore well get their awards. (1963, March 17). The Straits Times, p. 8. Retrieved from NewspaperSG.
47. A silver tray gift for national anthem composer Zubir. (1971, July 19). The Straits Times, p. 8. Retrieved from NewspaperSG; Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 265. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
48. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 266. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
49. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 266. (Call no.: RSING 780.92 ROH); Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 16. (Call no.: RSING 780.92 ZUB)
50. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 266. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
51. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 266. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
52. Music scholarship fund set up. (1990, March 10). The Straits Times, p. 24; Zubir Said scholarship. (1990, March 10). The Business Times, p. 2; Koh, D. (1997, February 28). Making a career in the arts rewarding. The Straits Times, p. 2; SOTA tribute to Zubir Said. (2009, May 9). Today, p. 4. Retrieved from NewspaperSG.
53. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 51. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
54. Mardiana Abu Bakar. (1990). Zubir Said, the man. In Zubir Said: His songs (pp. 10–17). Singapore: Published for Singapore Cultural Foundation by Times Books International, p. 13. (Call no.: RSING 780.92 ZUB); Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, pp. 50–51. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
55. Rohana Zubir. (2012). Zubir Said: The composer of Majulah Singapura. Singapore: ISEAS Publishing, p. 51. (Call no.: RSING 780.92 ROH)
56. Lim, K. K. (1987, November 17). Composer of our national anthem dies. The Straits Times, p. 1. Retrieved from NewspaperSG.
Rujukan Tambahan
1. Phuah, M. (Producer), & Choy, R. (Director). (2001). The soul of the nation: The story of Majulah Singapura [Videorecording]. Singapore: Ministry of Information, Communications and the Arts. (Call no.: RSING 782.421599095957 SOU)
2. Sulaiman Jeem & Abdul Ghani Hamid. (1988). Mengenang Pak Zubir. Singapore: Pustaka Melayu Publisher. (Call no.: Malay RSING 780.924 SUL)
3. Zubir Said. (1965). Membacha musik. Singapore: Zubir Said. (Call no.: Malay RCLOS 780.7 ZUB)
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
For the English version of this article, click here.
Klik di sini untuk kembali ke halaman utama.
To go back to the home page, click here.
Maklumat dalam artikel ini disahkan betul setakat Oktober 2025 berdasarkan sejauh mana ia dapat dipastikan daripada sumber kami. Ia bukan bertujuan untuk dijadikan sejarah menyeluruh atau lengkap tentang sesebuah subjek. Sila hubungi Perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut mengenai topik ini. Jika anda ada sebarang maklum balas, sila kongsikan di sini.
The information on this page and any images that appear here may be used for private research and study purposes only. They may not be copied, altered or amended in any way without first gaining the permission of the copyright holder.
| BETA |