Lokasi : Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian Tingkat 9
Kod Lokasi di katalog : R Malay
Pengenalan:
Koleksi Melayu di Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian mengandungi bahan-bahan rujukan umum dalam bahasa Melayu yang menyentuh serta merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat Melayu Nusantara, terutamanya aspek sosio-ekonomi, politik, kebudayaan, agama, bahasa, sastera, seni, pembangunan negara dan sejarah. Selain dari naskah buku, terdapat juga bahan-bahan pandang-dengar.
Bahan-bahan rujukan Melayu boleh juga didapati di Koleksi berikut:
- Koleksi Singapura dan Asia Tenggara
- Koleksi Nadir
- Koleksi Kanak-Kanak Asia
Fokus Koleksi:
- Rumpun Bahasa Melayu
- Kesusasteraan Melayu
- Tamadun Melayu dan Islam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Melayu, Ask a Librarian