Yuk, Mengenal WARNA Bersama Goyi & Pipi
Pernulis: Irmalia Sutanto
Penerbit: Jakarta: Potata Publishing, 2018
Nombor Panggilan: JP 535.6 SUT
Ringkasan: Goyi & Pipi pergi ke pasar bersama. Apabila mereka tiba di sana, mereka melihat banyak sekali warna. Ada yang merah, kuning, jingga dan hijau. Yuk belajar bersama Goyi & Pipi mengenali warna lewat buah & sayur-sayuran! Dilengkapi dengan pertanyaan serta permainan yang dapat meningkatkan bonding ibu bapa dan anak.
Buku Pertama Si Cilik: Warna dan Bentuk
Pernulis: Yoyo Books
Penerbit: Yoyo Books / Popular Malaysia
Nombor Panggilan: JP 535.6 WAR - [BA]
Ringkasan: Berikan anak anda permulaan yang mengujakan. Setiap muka surat mengandungi satu gambar yang comel dan menarik yang pasti membuatkan anak anda mempelajari perkataan baru dengan mudah dan cepat. Soalan-soalan yang mudah dan menyeronokkan di dalam buku ini dapat meningkatkan kosa kata anak anda.
Landak: Buku Sentuh dan Rasa
Pernulis: Ummu Shahzeb
Penerbit: Singapore: Baby&Cap Books, 2014
Nombor Panggilan: JP UMM - [BA]
Ringkasan: Landak ingin mempunyai kulit atau bulu seperti haiwan-haiwan yang lain tetapi tidak sedar akan keistimewaan dirinya.
Di manakah Tompok Si Kucing? Buku Tetingkap Sentuh dan Rasa Pertama Si Cilik
Pernulis: Yoyo Books
Penerbit: Yoyo Books / Popular Malaysia
Nombor Panggilan: Panggilan: JP DI - [BA]
Ringkasan: Temui Niko si arnab dan rakan-rakan haiwannya semasa dia meneroka kawasan rumah untuk mencari Tompok si kucing. Si cilik anda pasti teruja menyelak tetingkap pada setiap halaman buku ini untuk melihat haiwan yang bersembunyi disebaliknya. Buku sentuh dan rasa ini pasti membangkitkan deria sentuh dan rasa si cilik disamping merasai keseronokan ketika menerokainya.
Si Kucing Kecil (Siri Boneka Comel)
Pernulis: Edukid Publication
Penerbit: Malaysia: Edukid Publication, 2014
Nombor Panggilan: JP SI - [BA]
Ringkasan: Watak-watak comel menjadi hidup dengan “Siri Boneka Comel” ini. Keseronokan dan keriangan akan dapat dilihat daripada perspektif haiwan comel ini dalam kehidupan harian mereka.
Pok Amai Amai: Pantun Nasihat
Ilustrasi Oleh: Emila Yusof
Penerbit: Malaysia: Integra Creative Media, 2018
Nombor Panggilan: JP 899.281 EMI
Ringkasan: Buku ini mengandungi 24 pantun nasihat. Pantun empat kerat yang terpilih bertujuan memberi nasihat kepada anak-anak dan pembaca supaya bersopan santun, mendengar ajaran guru, hormat orang tua serta pandai menjaga diri. Ilustrasi oleh pelukis tersohor, Emila Yusof cukup menceriakan setiap muka surat. Di akhir buku juga diberi penerangan ringkas tentang pengajaran yang terkandung di dalam setiap pantun.
Menjadi Bintang: Puisi Kanak-Kanak
Pernulis: Mazni Md. Ramly
Penerbit: Kuala Lumpur: Oyez!Books, 2018
Nombor Panggilan: JP 899.281 MAZ
Ringkasan: Buku ini mengandungi sepuluh buah puisi menarik tentang makanan tradisional dan nasihat yang berguna mengenai jati diri semasa kecil. Di antara puisi yang dipilih termasuk Pulut Mengaji, Pelangi, Lawa Terung dan Menjadi Bintang. Ianya sesuai dibaca atau dinyanyikan bersama keluarga. Ilustrasi oleh pelukis tersohor, Emila Yusof cukup menarik dan sepadan dengan setiap puisi.
Kitu: Kucing Kecil Bersuara Ganjil
Pernulis: Sekar Sosronegoro
Penerbit: Indonesia: Buah Hati, 2017
Nombor Panggilan: JP SOS
Ringkasan: Hanya satu keinginan Kitu si kucing kecil ketika pindah ke rumah Cita – untuk bisa bermain dengan kucing-kucing tetangga. Tapi, bagaimana mungkin kalau dirinya tampak berbeda dibanding yang lainnya? Suaranya pun tak sama! Akankah Kitu berhasil punya teman-teman baru?
Kring! Kring!
Pernulis: Nurhayati Pujiastuti
Penerbit: Singapore : Pustaka Nasional, 2018
Nombor Panggilan: JP PUJ
Ringkasan: Ibu selalu lambat sampai ke sekolah Momo. Apakah yang boleh Ibu lakukan?
Ketika Kami Harus Pindah
Pernulis: Watiek Ideo
Penerbit: Jakarta: Penerbit Erlangga, 2017
Nombor Panggilan: JP IDE
Ringkasan: Kami sekeluarga akan pindah rumah. Aku akan meninggalkan sekolah dan teman-temanku di sini. Aku merasa takut. Apakah teman-teman baruku baik? Apakah di tempat baru juga menyenangkan?
Triceratops
Pernulis: Harpeet Kaur
Penerbit: Kuala Lumpur: Edukid Publication, 2017
Nombor Panggilan: JP Malay HAR
Ringkasan: Trico, seekor dinosaur triceratops membantu Mia dan Ikey menangkap pencuri. Ikuti pengembaraan Ikey dan Mia yang penuh mencabar dan menghiburkan.
Tiga, Dua, Satu... Zoom!
Pernulis: Jumaini Ariff
Penerbit: Singapore: Mini Monsters, 2016
Nombor Panggilan: J SING Malay JUM
Ringkasan: Rara minat sekali pada bulan! Apabila Nyai kata Rara perlukan sebuah kapal angkasa jika mahu ke sana, dia pun terus mula mencipta! Dapatkah Rara capai apa yang diimpikannya? Ayuh kita ikuti pengembaraan Rara dan Nyai!
Bulat dan Warna-Warni = Bulat and Colours
Pernulis: Azimah Muhamad
Penerbit: Singapore: Bulat Books, 2018
Nombor Panggilan: J SING Malay 535.6 AZI
Ringkasan: Teroka dunia warna-warni bersama Bulat dalam buku dwibahasa Melayu-Inggeris ini!
Orio Bertemu Anano
Pernulis: Iris Ixora
Penerbit: Selangor: Prima Kids Grup Buku Karangkraf, 2016
Nombor Panggilan: JP Malay IRI
Ringkasan: Orio ternampak seekor binatang yang besar dan pelik. Badan Orio mula menggeletar. Matanya membulat dan telinganya tegak. Orio tidak pernah melihat binatang itu. Apakah binatang itu?
Tik dan Yam
Pernulis: Uda Matsaid
Penerbit: Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2017
Nombor Panggilan: JP Malay UDA
Ringkasan: Tik si anak itik dan Yam si anak ayam. Mereka berkawan baik. Ke mana sahaja sering bersama. Tik suka makan apa sahaja. Yam pula suka memancing. Yam tidak dapat ikan. Apakah yang Yam dapat?
Cef Cilik = The Little Chef
Pernulis: Shahidah Borhan & Nurwahidah Rosli
Penerbit: Singapore: Pustaka Nasional, 2019
Nombor Panggilan: J SING Malay SHA
Ringkasan: Munirah dan ayah menyediakan makan malam untuk seseorang yang istimewa. Siapakah orang itu?
Pahlawan Naga Yang Hebat
Pernulis: Ng Swee San & Wen Dee Tan
Penerbit: Singapore: Epigram Books, 2017
Nombor Panggilan: J SING Malay NG
Ringkasan: Impian Basmi untuk menjadi pahlawan yang hebat mungkin jadi kenyataan akhirnya. Seekor naga perkasa kini tinggal di dalam gua berdekatan. Basmi tidak sabar hendak belajar daripada pahlawan itu. Munculnya pahlawan naga membawa satu pengajaran kepada Basmi.
Burung Budiman
Pernulis: Ladin Nuawi
Penerbit: Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2018
Nombor Panggilan: JP Malay LAD
Ringkasan: Burung Malas mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan anak Burung Kunyit Besar daripada dimakan oleh biawak. Mengapa? Rupa-rupanya ada peristiwa berlaku sewaktu Burung Malas masih kecil. Mari kita ikuti cerita selanjutnya.
The book covers are the copyright of the respective publishing companies.